This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah retak, mendap
Berita Harian 28/2/2005 Oleh KC Chong

Kuala Lumpur: "Mereka yang berkemampuan sudah berpindah ke kawasan lain, yang tinggal seperti keluarga kami terpaksa hidup dalam kebimbangan terutama ketika waktu malam kerana takut rumah akan runtuh pada bila-bila masa," keluh Wong Kuan Moi, 37.

Wong berkata, masalah tanah mendap mula dikenal pasti sejak penduduk berpindah ke taman perumahan itu pada 1994. "Ketika pekerja memasangkan batu marmar di ruang tamu rumah, tiba-tiba tanah mendap dan kejadian itu mengejutkan kami sekeluarga.

"Kami tidah boleh tidur nyenyak kerana takut rumah ini runtuh pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda," katanya ketika ditemui.

Sentral mendapati struktur lebih 100 unit rumah daripada 500 unit rumah di taman perumahan itu retak pada dinding, lantai dan siling.

Suri rumah itu memberitahu, keluarganya ingin berpindah ke kawasan lain, bagaimanapun keadaan ekonomi tidak mengizinkan.

Masalah penduduk di situ mendapat perhatian Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang mengetuai sekumpulan wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, syarikat pemaju dan Majlis Perbandaran Selayang berkunjung ke taman perumahan itu, baru baru ini.

Seorang penduduk, Lim Man Fatt, 47, mendakwa tanah mendap disebabkan pemaju tidah membersihkan sampah-sarap di bawah kawasan perumahan itu.

Beliau berkata, tapak Taman Indah Perdana adalah lombong besi suatu ketika dulu yang dimajukan sebagai projek perumahan.

Katanya, ketika itu sekitar lombong itu dipenuhi keluarga setinggan dan penduduk setinggan suka membuang sampah sarap ke lombong berkenaan.

Lim berkata, pemaju projek perumahan itu tidak membersihkan sampah yang ada di lombong sebelum mendirikan kediaman terbabit.

Katanya, isu itu pernah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan sejak aduan pertama dibuat pada 1994, tetapi keadaan rumah teres di taman perumahan itu semakin terjejas.

"Permendapan menyebabkan wujudnya ruang kosong kira-kira 18 inci di bawah rumah. Sejak berpindah ke sini pada 1994, sudah empat kali saya mengubah suai rumah ini dan membabitkan perbelanjaan RM20,000.

"Akhirnya kami mendapati rumah ini tidak selamat dan kami terpaksa berpindah ke kawasan lain," katanya.

Lim berkata, beliau berhasrat menjual rumah itu, tetapi tiada orang yang berminat membeli selepas melihat keadaan rumah berkenaan.

"Sejak Februari tahun lalu, lebih 40 orang datang ke sini melihat rumahnya tetapi tiada yang mahu membeli," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa khas yang ditubuh penduduk pernah mengadu kepada pemaju, Kementerian Perumahan dan Kerajaan  Tempatan dan ahlil politik, tetapi tiada penyelesaian.

Yap Cheng Watt, 50, yang juga akan berpindah ke taman perumahan lain berharap pemaju dapat membina semula rumah itu.

Katanya, tiada guna membayar pampasan kerana apa yang diidamkan adalah rumah yang selamat didiami.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.