PPR Pantai Dalam masih
terbengkalai
15/02/2005 Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam yang
sepatutnya menempatkan sebanyak 1,856 keluarga di kawasan rumah panjang
Bukit Kerinchi di sini didapati terbengkalai sejak lima tahun lepas.
Ia mengakibatkan para penduduk di rumah panjang tersebut terpaksa bersabar
walaupun mereka sepatutnya sudah berpindah ke PPR Pantai Dalam sekitar 2001
atau 2002 lalu.
Ia juga mengakibatkan proses pemindahan setinggan bersepadu di kawasan
Lembah Pantai yang sepatutnya selesai awal tahun ihi didapati gagal menepati
sasaran.
"Sejak mula lagi, PPR itu terbengkalai, penduduk pun tidak tahu puncanya.
"Mula-mula mereka bising-bising
juga tetapi. kini mereka tidak menghiraukannya lagi kerana tengok ia masih
tidak siap lagi sampai sekarang," kata sumber tersebut kepada Utusan
Malaysia di sini.
Lebih mengecewakan, katanya, sesetengah PPR lain yang dibina berdekatan
kira-kira dua atau tiga tahun lalu didapati sudah siap sepenuhnya dan
sesetengahnya sudah pun didiami.
"Keadaan itu menyebabkan penduduk rumah panjang Bukit Kerinchi terpaksa
terus tinggal di kawasan sedia ada walaupun keadaan di kawasan berkenaan di
dapati semakin kronik terutama masalah Kepadatan dan jarak antara ruman ke
rumah yang terlalu dekat.
"Keadaan itu sebenarnya amat tidak selesa kepada penduduk kerana ia bukan
sahaja sempit tetapi bayangkan aspek keselamatan apabila berlaku kebakaran
dan sebagainya," jelasnya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, enam blok PPR Pantai Dalam setinggi 14
dan 18 tingkat yang dimajukan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
hanya setakat 50 peratus siap.
|