Penduduk flat Taman Miharja dakwa
masalah tidak pernah diselesaikan
Kosmo 10/2/2005
KUALA LUMPUR - Lif terus rosak dan keadaannya uzur! Inilah nasib penghuni
Pangsapuri Taman Miharja, Cheras di sini yang mendakwa masalah kerosakan
lif di pangsapuri itu telah berlarutan hampir 10 tahun.
Tinjauan KOSMO! mendapati setiap blok pangsapuri dilengkapi
empat atau lima lif, malangnya hanya satu unit lif yang boleh digunakan.
Terdapat empat blok flat di taman perumahan tersebut.
Keuzuran !if dapat dirasai apabila ia mengeluarkan bunyi bising dan
bergoyang ketika beroperasi.
Ada juga lif yang tidak berfungsi sejak 10 tahun lalu,
menyebabkan mereka menutupnya dengan papan. Malah pintu lifturut diconteng
yang menggambarkan kekecewaan penduduk di situ.
Disebabkan lif yang rosak tidak dibaiki, ada penduduk
turut meletakkan motosikal mereka di depan lif tanpa perlubimbang ia
mengganggu penghuni lain menggunakannya.
Pangsapuri itu menempatkan empat blok bangunan yang
mempunyai 997 unit rumah dan lapan unit kedai. Setiap unit mempunyai 10
hingga 11 tingkat.
Pada 19 November lalu, KOSMO! pernah mendedahkan masalah
kerosakan lif yang dialami oleh penduduk di kawasan itu.
Tinjauan ketika itu mendapati butang penekan aras di
tingkat tiga dan 10 juga telah terkopek dan bangunan pangsapuri sepuluh
tingkat itu tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti
ketiadaan pili bomba dan alat pemadam api.
Kepingan besi yang menunjukkan nombor aras pada tingkat
tiga blok itu juga telah hilang manakala di tingkat empat besi yangsama
kelihatan telah disimenkan.
Seorang penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Ejay
berkata, lif yang selalu rosak itu amat menyulitkan terutama kepada warga
tua yang terpaksa menggunakan tangga untuk pulang ke rumah.
"Saya baru sahaja menelefon penjual gas tetapi dia tidak
mahu menghantar bekalan ke rumah saya di tingkat sembilan. Jadi saya
terpaksa makan di luar sehingga lif ini dibaiki," jelasnya.
Masalah itu turut dikongsi oleh Marshitah Ahmad, 40.
Katanya, lif yang rosakjarang dibaiki serta-merta. "Bila masalah ini
diajukan kepada pihak pengurusan pangsapuri, mereka memberi alasan
alat-alat ganti sukar didapati," ujar beliau.'
KOSMO! turut difahamkan jika penduduk ingin mendapatkan
lif baru mereka dikehendaki membayar sebanyak RM465 bagi setiap rumah dan
RM40 untuk kos penyelenggaraan.
Dalam tempoh 15 tahun, pihak pengurusan pangsapur itu
telah beberapa kali menukar kontraktor lif. Kini hanya
terdapat dua blok yang lifnya diganti baru iaitu blok 4 dan blok 6. Kos
untuk membeli lif baru dianggarkan RM100,000 dan ia amat membebankan pihak
pengurusan.
KUALA LUMPUR - Pengurusan pangsapuri Taman Miharja, Azmi & Co. berkata,
masalah mendapatkan alat ganti menyukarkan pihaknya menyelenggara lif-lif
yang rosak di situ.
Jurucakap syarikat itu berkata, pihaknya telah berusaha
membaiki lif tersebut tetapi keadaan lif yang uzur merumitkan keadaan.
"Kami juga pernah mencadangkan kepada penghuni di sini
supaya menanggung kos pembelian lif baru kerana kami tidak mampu untuk
membaiki kesemua lif yang rosak.
"Malangnya hanya separuh yang sanggup bayar, manakala
penghuni yang tinggal di tingkat bawah hingga ke tingkat empat tidak ingin
membayar dengan memberi alasan mereka tidak menggunukan lif tersebut,"
kata beliau.
Sebelum ini pihak pengurusan itu telah menggantikan dua
lif yang rosak setelah penghuni berjanji membayarnya tetapi selepas lif
itu siap penghuni di blok terbabit tidak mengotakan janji mereka.
Jurucakap itu berkata, jika penghuni di blok lain
inginniendapat lif baru mereka mestilah bersedia mengeluarkan
wang untuk menampung kos membeli lif baru. Dianggarkan setiap lif baru
berharga RMl00, 000.
KOSMO! turut menemui seorang kontraktor lif yang sedang
membaiki lif yang rosak.
"Masalah yang dihadapi untuk membaiki lif ini ialah
kekurangan alat ganti, bahkan ada lif yang langsung tidak boleh dibaiki
lagi kerana enjin, kabel dan papan pengawal utamanya rosak.
"Jika penduduk inginkan lif yang baik pihak pengurusan
memang patut menggantikannya dengan lif yang baru tetapi penduduk perlu
bersama-sama bertanggungjawab menanggung kosnya," katanya.
Menurutnya, sejak pihaknya mengambil alih kerja-kerja
membaiki lif, syarikat pengurusan pangsapuri telah membeli dua lif baru.
Walaupun telah setahun umurnya, lif tersebut masih lagi
berfungsi dengan baik. |