Penduduk Bukit Mewah bantah
pembinaan gereja
Kosmo 14/2/2005
KAJANG - Persatuan Penduduk Taman Bukit Mewah Fasa 8A di sini membantah
cadangan pembinaan gereja di tanah berhadapan dengan pangsapuri taman
berkenaan atas alasan majoriti penghuni kawasan berhampiran ialah umat
Islam.Timbalan Pengerusi persatuan berkenaan,
Ashraf Mustafa berkata, masyarakat Islam setempat tidak diberi notis
bertulis, sebaliknya hanya mengetahui cadangan pembinaannya melalui sebuah
papan tanda yang dipacakkan awal bulan ini.
"Penduduk hanya tahu sebuah gereja akan dibina setelah
papan tanda dipacakkan di atas lot tanah PT41567 HSD53403 dan PT41568
HSD53404 yang berpagar.
"Papan tanda bertulisan halus-halus itu kemudian diletak
di atas bukit. Cara notis itu dibuat macam tak jujur," katanya di sini
semalam.
Papan tanda yang bertarikh 2 Februari memperuntukkan 21
hari kepada penduduk setempat mengemukakan bantahan kepada Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang.
Menurut Ashraf, penduduk di situ membantah pembinaan
gereja di kawasan berkenaan kerana ia tidak sesuai memandangkan taman itu
dihuni oleh 95 peratus umat Islam.
Persatuan penduduk mengesyorkan supaya gereja dibina di
kawasan yang mempunyai majoriti penganut Kristian, jelas beliau.
Setakat semalam, lebih 600 orang penduduk setempat telah
menanda, tangani petisyen membantah pembinaan gereja berkenaan.
"Kami menganggarkan dapat mengumpul l,000 tandatangan
lagi. "Petisyen itu kemudian akan diserahkan kepada Majlis
Perbandaran Kajang," katanya.
Ashraf turut memberitahu, penghuni dari Taman Kajang
Utama, Taman Sri Mewah dan penduduk kawasan sekitar turut membantah
pembinaan gereja tersebut. |