This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Letupan kuari ancam penduduk Kubang Ulu


MOHD HAMZANI menunjukkan dinding rumahnya yang retak akibat
kerja meletup batu kuari.

UKIT MERTAJAM: Beratus-ratus penduduk Kampung Kubang Ulu, Penanti diancam kegiatan meletup batu kuari yang menyebabkan gegaran kuat selain beberapa rumah retak.

Bunyi letupan itu amat kuat sehingga mengejutkan bayi yang sedang tidur.

Kerja meletup batu di bawah tanah itu menyebabkan keretakan dinding rumah yang terletak 200 meter dari kuari.

KESAN keretakan yang
teruk pada dinding
rumah sehingga boleh
ditembusi cahaya dari luar.


Letupan dilakukan dua kali sehari iaitu antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang dan antara jam 4.30 hingga 5.30 petang.

Perusahaan itu beroperasi berpuluh tahun lalu dan letupan kuat semakin ketara dua tahun kebelakangan ini yang kedengaran sehingga di jalan utama berhampiran sekolah menengah di situ.

Penduduk, Md Yusoff Othman, 47, beliau sudah menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mengenai gangguan bunyi bising dari kuari itu.

“MPSP juga dikatakan sudah menghantar surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Prai Tengah (SPT) pada 23 April tahun lalu berhubung aduan itu,” katanya.

Mohd Hamzani Hamid, 28, berkata beberapa bahagian dinding rumahnya retak akibat kegiatan kuari itu. “Bahagian retak boleh ditembusi cahaya dari luar dan kemungkinan lebih teruk pada masa akan datang. “Jika keretakan itu ditampal, ia retak semula kerana kegiatan meletup batu kuari berterusan,” katanya.

Pesara, Kamarudin Yusof, 56, berkata rumahnya yang dibina November tahun dengan kos RM20,000 juga retak. Katanya, beberapa pekerja yang membuat rumahnya ketika itu turut berlari keluar kerana terkejut dengan gegaran berkenaan.

“Saya tinggal di kampung ini sejak kecil, tetapi dulu gegarannya tidak seperti sekarang. “Oleh kerana puncak bukit sudah diletupkan, sekarang kuari itu menjadi seperti kawah,” katanya.

Suri rumah, Zainab Saod, 46, berkata pernah berlaku jururawat yang merawat seorang ibu mengandung berlari keluar rumah akibat terkejut mendengar gegaran kuat.

“Walaupun rumah kakak tidak retak teruk, sesuatu perlu dilakukan sebelum kejadian buruk berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk meminta pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Tanah dan Galian mengambil tindakan segera bagi memastikan kegiatan kuari itu tidak menjejaskan kehidupan mereka.

Penduduk tidak bersetuju kegiatan kuari dilakukan berhampiran kawasan penempatan kerana selain bunyi bising dan merosakkan rumah, kegiatan itu juga mengakibatkan debu dan menjejas kesihatan mereka.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.