This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tiada kebenaran jalankan aktiviti letupan - MPAJ
Kosmo 22/12/2205

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menegaskan tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada syarikat pemaju, Supreme Precious Soo. Bhd. untuk menjalankan aktiviti letupan bagi tujuan pembangunan perumahan.

Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Ahmad Shafii Saidin, sebarang permohonan bagi melaksanakan aktiviti letupan hanya akan dipertimbangkan MPAJ setelah. pihak pemaju mendapat sokongan bertulis daripada polis, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Mineral clan Geosains.

"Kelulusan yang diberikan MPAJ kepada pemaju berkenaan setakat ini hanya merangkumi pelan perancangan, kerja serta jalan dan perparitan pada 2003 bagi kawasan yang dimiliki oleh Binaan MCB Soo. Bhd.," katanya pada sidang media di Taman Bukit Perroai, Cheras di sini semalam sebagai mengulas bantahan penduduk yang mendakwa merasai gegaran dan mendengar bunyi letupan, selain rumah mereka turut retak seperti yang disiarkan KOSMO! Sabtu lalu.

Sham berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan di kawasan seluas 23.12 hektar pada 16 Disember lalu, namun mendapati tiada sebarang bukti ditemui mahupun aktiviti letupan dijalankan bagi mendakwa syarikat pemaju berkenaan.

Jurucakap Supreme Precious turut memalumkan kesediaan pihaknya untuk menampung kos kerugian yang dialami pemilik rumah yang mengalami keretakan di kawasan sekitar, walaupun meragui kesahihan dakwaan tersebut.

"Jika benar aktiviti letupan dijalankan oleh pihak kami, kawasan perumahan kami pastinya terlebih dahulu akan terjejas," katanya sambil memberitahu akan meninjau keadaan rumah pendudul Pegawai MPAJ dalam masa terdekat.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.