Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Projek terbengkalai 20 tahun dibaik pulih

Berita Harian 16/12/2005

SEREMBAN:Penantian 430 pembeli rumah Taman Sri Pelangi Sikamat, dekat sini untuk mendiami rumah yang dibeli sejak lebih 20 tahun lalu bakal berakhir apabila projek terbengkalai dipulihkan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Datuk Mohd Yusof Harmain Shah, berkata beliau dimaklumkan perkembangan projek itu baru-baru ini.

Projek akan dibaik pulih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selepas terbengkalai sekian lama hingga menimbulkan tidak puas hati pembeli.

"Saya difahamkan tender melantik kontraktor akan dikeluarkan bulan ini dan akan bermula selewat-Iewatnya Februari depan.

"Pembeli menyambut baik langkah membaik pulih projek kerana mereka bukan saja terpaksa membayar pinjaman, malah sewa mendiami kediaman lain," katanya di sini, kelmarin.

"Terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana memberi perhatian hingga membolehkan projek menjadi keutamaan untuk dibaiki pulih" Mohd Yusof Harmain Shah Adun Sikamat

Mohd Yusof berkata, sejak menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan tahun lalu, beliau sering menerima aduan mengenai nasib pembeli rumah terbengkalai itu.

Beliau berusaha menyelesaikannya dengan membawa masalah itu kepada pihak atasan khususnya kerajaan negeri.

"Pembeli rumah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana memberi perhatian hingga membolehkan projek menjadi keutamaan untuk dibaiki pulih.

"Saya berharap pembeli bersabar sehingga rumah siap dan boleh diduduki," katanya.

Sentral difahamkan Taman Sri Pelangi adalah antara 45 projek perumahan terbengkalai di negeri ini.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.