This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Mana rumah kami? (Setinggan kesal tindakan pemaju, MPAJ)

Harian Metro 31/12/2005

HULU KLANG: “Kami akan pindah hanya jika penempatan baru siap dibina,” itulah luahan penduduk setinggan Kampung Fajar, di sini, yang tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan rumah mereka tanpa menyiapkan penempatan baru terlebih dulu.

Penduduk berada dalam dilema apabila terpaksa berpindah kerana rumah mereka akan dirobohkan hari ini tetapi masih belum mempunyai tempat tinggal yang baru.

Kebanyakan penduduk enggan berpindah sehingga penempatan baru mereka siap seperti yang dijanjikan pihak MPAJ.

Penduduk mendakwa, MPAJ berjanji rumah baru untuk mereka siap pada April tahun ini namun sehingga kini projek perumahan kos rendah itu belum selesai.

Setiausaha Jawatankuasa Rayuan Penduduk Kampung Fajar, Syed Ali Syed Harun, berkata penempatan semula yang dimaksudkan adalah rumah kos rendah untuk dibeli oleh penduduk di Sungai Sering bernilai RM35,000 yang disubsidi kerajaan Selangor RM7,000.

Namun, apa yang menjadi masalah sekarang adalah rumah berkenaan belum siap pembinaannya berikutan beberapa masalah yang dihadapi pemaju..

Selain itu, rumah berkenaan hanya ditawarkan kepada golongan Bumiputera sedangkan kampung setinggan itu turut didiami kaum India.

Seorang penduduk, Rosli Osman, berkata MPAJ dan pemaju patut bertanggungjawab terhadap masalah yang mereka hadapi.

“Kami ditindas, rumah lama kami diroboh sedangkan rumah baru belum lagi siap.

“Adakah mereka nak tengok kami tinggal bawah jambatan,” katanya.

Danial Packiaanthan yang lebih 25 tahun tinggal di situ, berkata mereka menyokong usaha kerajaan untuk mencapai matlamat setinggan sifar 2005 tetapi jika masalah itu terus berlarutan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.