Vandalisme berleluasa
Kosmo 12/11/2005
SUBANG JAYA – Walaupun kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi
menyediakan kediaman yang selesa serta mempunyai kemudahan awam yang terbaik,
masih ada juga yang tidak menghargai nikmat tersebut.
Masalah inilah yang menghantui hampir 22,000 penduduk Pangsapuri Subang
Mewah sejak empat tahun yang lalu. Kawasan itu mempunyai 14 blok kediaman
iaitu lapan blok Angsana, blok Meranti 1
dan 2 serta blok Jati 1 dan 2.
Tinjauan KOSMO! di Pangsapuri Subang Mewah sekitar blok Angsana mendapati
keadaannya menyedihkan.
Lif yang tidak sempurna dengan wayar yang terjuntai, dinding dipenuhi
perkataan dan gambar berbaur lucah serta longgokan sampah di tangga adalah
senario biasa.
Selain itu, alat keselamatan bomba seperti loceng keselamatan dan hos bomba
serta pintu dan tombol bilik Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut dicuri.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) USJ 1, Kamarudin Rasol,
perbuatan merosakkan harta benda awam memang menyusahkan penduduk.
"Masalah lebih serius di blok Angsana. Ia mungkin sebab ada ramai penyewa
warga asing selain sikap penduduk sendiri yang kurang memberi kerjasama,"
katanya ketika ditemui KOSMO!
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keeil Angsana Zon 5 USJ 1, Mohd. Yusri
Kassim membidas sikap sambil lewa pemaju, Dergahayu Soo. Bhd.
menyelenggarakan blok Angsana.
Yusri mendakwa mereka pernah sampai ke tahap mengusung jenazah menggunakan
tangga selepas lif di blok itu gagal berfungsi. |