This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek terbengkalai dibincang minggu depan
Kosmo 11/11/2005


KUALA LUMPUR - Isu projek perumahan Taman Khalid Al-Walid, Jalan Kebun, Klang yang terbengkalai sejak setahun lalu, akan dibincangkan minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahalan berkata, hanya selepas perbincangan itu dibuat, barulah tindakan lanjut boleh diambil bagi menyelesaikannya.

Saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak bank, peguam serta pemaju minggu depan sebelum menentukan tindakan yang boleh diambil," jelasnya ketika dihubungi semalam.

Pada 3 November lalu, KOSMO! melaporkan hasrat pasangan kembar, Muhammad Redzuan Umar dan Muhammad Rodzi untuk menduduki rumah sendiri tidak kesampaian apabila projek perumahan
itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.

Katanya, jika selepas itu pemaju tidak dapat menyelesaikan masalah, pihaknya akan membantu pembeli merujuk kes kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

"Pemaju pula akan disenaraihitamkan," ujarnya.

Sementara itu, seorang jurucakap pemaju, Kelland Development Sdn. Bhd. berkata, projek itu terbengkalai kerana masalah kewangan.

Beliau juga tidak mempunyai maklumat bila projek itu akan diteruskan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.