Penduduk bimbang rumah retak
Utusan Malaysia 16/11/2005
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Ibarat retak menunggu belah! Perumpamaan itu kini
menjadi realiti kepada penduduk Taman Bukit Cheras dekat sini yang hidup
dalam kebimbangan setiap hari apabila benteng tanah berhampiran rumah mereka
semakin hari semakin retak.
Kebimbangan semakin memuncak setiap kali hujan lebat.
Tinjauan Utusan, Malaysia mendapati ekoran kejadian tersebut, kebanyakan
rumah yang dibina pada tahun 1988 turut mengalami keretakan.
Seorang penduduk, Yap Kang Hoe, 38, berkata, keretakan yang berlaku di
benteng cerun belakang rumahnya di Jalan 11/144A kelihatan semakin ketara.
"Saya mendapati tanah di bahagian belakang rumah sudah mendap sedalam tiga
inci," katanya'yang sudah menginap di situ sejak 10 tahun lalu.
Tambahnya, bilik air yang terletak di bahagian belakang rumah juga tidak
seimbang gara-gara retakan yang sama.
Sebelum itu, katanya, beberapa kejadian tanah runtuh juga pemah berlaku di
Kompleks Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terletak
berhampiran dengan rumahnya.
"Kompleks itu telah terbengkalai sejak setengah tahun lalu dan sisa binaan
akibat runtuhan tersebut tidak pernah dibersihkan sehingga hari ini," ujamya.
Dua bulan lalu, jelasnya, kawasan itu didatangi kontraktor terbabit untuk
tujuan pemantauan tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan.
"Mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa sekadar datang memantau kerana
takut ia akan menjejaskan kawasan perumahan di sekitar kawasan berkenaan.
"Saya sangat risau kerana ia boleh mendatangkan bahaya. Adakalanya penduduk
di sini tidak dapat tidu.r lena," katanya yang turut bimbang dengan
keselamatan isteri dan dua anaknya.
Seorang lagi penduduk, Junaidah Hashim, 38, memberitahu, dia menyedari
retakan di benteng ketika mula-mula berpindah ke situ.
"Namun, retakan pada masa itu tidak ketara dan tidak lintas dalam fikiran
kami yang perkara ini akan menjadi semakin teruk," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng
berkata, tanah dikawasan itu merupakan hak persendirian tetapi lorong di
belakang rumah terbabit di bawah penga.wasan DBKL.
"Kami akan membawa DBKL untuk meninjau kawasan itu secepat mungkin tetapi
keputusan sama ada untuk mengambil tindakan sewajamya bergantung pada DBKL,"
katanya. |