Jamin hak pembeli rumah
Harian Metro 17/11/2005
MASALAH pembeli rumah yang sering tertipu akibat projek perumahan tertangguh
atau terbengkalai akan dapat diatasi apabila kerajaan menggunakan konsep
bina dan jual rumah bagi menjamin hak pengguna.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azizah Mohd Dun,
berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir untuk menyelesaikan kertas kerja
sebelum dibentangkan kepada Kabinet secepat mungkin.
Menurutnya, kementerian itu sudah mengadakan perbincangan terperinci dengan
pelbagai pihak termasuk persatuan pembeli rumah dan persatuan pemaju
perumahan bagi mengenal pasti keberkesanan dan kesesuaian konsep itu untuk
digunakan di negara ini.
Beliau menjawab soalan Wong Nai Chee (BN - Kota Melaka) di Dewan Rakyat,
semalam.
Azizah juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kernenteriannya akan
memperkenalkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi rnenggantikan Sijil
Layak Menduduki (CF) yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kami dalarn proses penyelarasan undang-undang dan akan dibentangkan di
Parlimen tahun depan.
"Justeru, kami akan melantik golongan profesional seperti arkitek dan
jurutera bagi meningkatkan sistem penyampaian dalam industri pembinaan dan
mengatasi masalah kelewatan pengeluaran CF
bagi sesebuah bangunan yang siap," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan dan mengetatkan undang-undang bagi memastikan
golongan profesional itu tidak berat sebelah ketika mengeluarkan sendiri CCC
kepada pembeli rumah.
"Selepas ini, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai pengeluaran CCC
membabitkan rumah dan bangunan kerana kementerian sentiasa memantau dari
semasa ke semasa," katanya. |