This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Siapkan projek rumah terbengkalai sebelum mula projek baru
Kosmo 19/1/05

Seremban: Wajibkan pemaju siapkan projek perumahan terbengkalai sebelum dibenar meneruskan projek baru.

Itulah harapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Md. Yusof Harmain Shah terhadap pihak berkuasa dalam membendung sikap sesetengah pemaju yang mengabaikan projek apabila menghadapi masalah kewangan.

"Apa yang banyak berlaku ialah apabila syarikat perumahan itu rugi atau bankrap, ia ditutup tetapi pada masa yang sama pemilik atau pemegang sahamnya akan menubuhkan syarikat baru bagi menjalankan perniagaan sama.

"Selain menyenaraihitamkan syarikat perumahan terbabit, kerajaan juga perlu turut sama memasukan nama pemegang sahamnya bagi mengelakkan mereka menubuhkan syarikat baru," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai nasib 400 pemilik rumah di Taman Pelangi, Sikamat di sini bagi fasa pertama dan kedua yang masih terbengkalai sejak 12 tahun lalu dan belum mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa.

Md. Yusop berkata, pada 7 Mei tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempata, Negeri Sembilan, Datuk Woo Ah Lek dan beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pemaju projek itu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Syarikat pemaju Mow Seng Housing yang beribupejabat di Pulau Pinang itu diwakili oleh Pengarah Urusan dan penasihatnya, Chew Ee Teong dan Tan Suan Choo.

Kata beliau, dalam pertemuan itu, syarikat  pemaju berkenaan menyerahkan segala dokumen berkaitan dengan projek kepada wakil SPNB untuk diteliti.

"Saya difahami, selepas ini kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan memeterai perjanjian di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyelasaikan segala permasalahan dan meneruskan kembali kerja-kerja pembinaan projek yang terbengkalai," jelasnya.

Bagaimanapun, kata Md. Yusop, sehingga kini masih tiada langkah susulan diambil.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.