Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif
Rumah retak tangungjawab pemaju
Utusan Malaysia 10/1/2005

KUALA LUMPUR 9 Jan. - MajIis Perbandaran Kajang (MPKj) mahu pemaju bertanggungjawab memperbaiki keretakan yang berIaku ke atas beberapa buah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang dekat sini.

Yang Dipertua MPKj, Mohamed Khusrin Munawi berkata, rumah yang rosak teruk perIu diroboh dan dibina semula dengan kos dianggarkan RM600,000.

Beliau berkata, keretakan berpunca daripada lokasi tapak perumahan itu sendiri yang pada asalnya merupakan kawasan saliran air dari bukit berdekatan.

"Bagi mengatasi masalah ini, kami menasihatkan penduduk supaya berurusan dengan pemaju seberapa segera," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia, baru-baru ini yang mendapati tiga bush rumah di Jalan 21 dan beberapa rumah lain di taman tersebut, mengalami keretakan yang teruk sehingga menyebabkan pemiliknya terpaksa berpindah ke tempat lain.

Justeru penduduk mendesak MPKj bertindak segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa depan.

Dalam hubungan inj, Mohamed Khusrin berkata, pemaju perIu bertanggungjawab, dan memberi maklumat terperinci kepada penduduk di Taman Bukit Mewah dan tidak menyalahkan MPKj pula.

"Penduduk perIu membawa kes tersebut ke mahkamah jika pemaju tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah tersebut," katanya.
 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.