Pemaju gagal siapkan rumah
14/01/2005
Berita Harian
KAMI, pembeli rumah banglo di Taman Desa Darulaman, Jitra Kedah kecewa
dengan pemaju yang gagal menyiapkan projek mengikut perjanjian. Tapak
menjadi lengang sejak tiga bulan lalu berikutan masalah dihadapi pemaju.
Rumah hampir siap dibeli berharga RM150,000 hingga RM250,000 banyak yang
rosak kerana terbiar sekian lama kerana projek yang bermula sejak 2000
kini terbengkalai.
Keadaan lebih buruk apabila pejabat tapak binaan di Jitra ditutup dan
pemaju tidak lagi datang kerana semua urusan dibuat di ibu pejabat di
Jelutong, Pulau Pinang.
Kebanyakan pembeli adalah kakitangan kerajaan yang menjelaskan 80
peratus harga rumah kepada pemaju dan ada di antara pembeli sekarang
dipotong gaji mereka dan pada masa yang sama juga perlu membayar sewa
rumah.