This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tidak puas hati keputusan Tribunal Perumahan
UTUSAN MALAYSIA 09/09/2004

Saudara Pengarang,

PADA 16 April 2004, saya dan rakan saya telah pergi ke Tribunal Perumahan untuk memperdengarkan kes tuntutan kami terhadap pemaju perumahan yang telah terlewat menyerahkan kunci.

Malangnya keputusan permohonan kami ditolak oleh Presiden  Tribunal Perumahan yang menghakimi kami ketika itu.

Kami amat kecewa memandangkan beliau seolah-olah tidak mengendahkan masalah yang kami kemukakan. Keadaan ini amat menyakitkan lebih-lebih lagi perilaku pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kerugian besar kepada kami.

Pada 18 Jun 2004, kami menghantar surat rayuan untuk menyemak kembali masalah kami, malangnya tiada jawapan.

Kami amat kecewa dan meminta pihak tribunal menyemak dan mengkaji semula tuntutan saya dan rakan yang merujuk kepada nombor fail TTPR/B/2331/03 dan TTPR/B/2330/03.

Kekecewaan kami ini semakin membara dan sengsara memandangkan beberapa orang rakan kami yang mengalami masalah yang sama (tiada bandingnya),dengan kami telah berjaya (menang) dalam kes tuntutan mereka.

Bagi saya, sepatutnya tribunal perumahan mestilah adil dalam menetapkan sesuatu keputusan walaupun dihakimi oleh lebih daripada seorang Presiden.

Jikalau keputusan yang berlainan, maka tidak adillah bagi mereka yang tidak berjaya sedangkan mereka layak menuntut dan ini adalah satu penganiayaan memandangkan kami layak untuk menuntut kerugian kami.

Oleh itu saya sekali lagi menyeru kepada tribunal dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mengkaji semula sesuatu keputusan yang dibuat. - KASIH HAWA, BBPA, Kuala Selangor, Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.