This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Serosa lantik perunding bebas pulih rumah terbengkalai

02/09/2004 UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 1 Sept– Syarikat kontraktor baru dilantik dengan kebenaran Jabatan Insolvensi Malaysia bagi proses pemulihan semula rumah-rumah terbengkalai di Taman Serosa, Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi Serosa Resources Sdn. Bhd. Abdullah Sani berkata, pihaknya telah melantik perunding bebas bagi tujuan itu dan yakin projek pemulihan akan bermula dalam masa terdekat.

"Bank ada hak untuk lelong tetapi menerusi perbincangan mereka (bank) bersetuju memberi tempoh jika ada pemaju lain memulihkannya dan kini hanya menunggu kebenaran Jabatan Insolvensi Malaysia sahaja.

"Jika sudah dapat kebenaran nanti ia ,boleh dijalankan dalam masa seminggu dua ini.

"Kami berusaha sedaya upaya untuk memenuhi janji-janji kepada pembeli," ujarnya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sebahagian pembeli rumah terbengkalai di Taman Serosa semalam yang mendakwa mereka terpaksa menanggung beban termasuk bayaran bulanan kepada bank akibat projek terbengkalai itu.

Abdullah juga memberitahu, kontraktor baru kelak akan memulihkan projek berkenaan menggunakan lesen dan permit sama ada milik Serosa Resources sebagai pemaju. "Sekiranya ia bermula dalam masa terdekat kami yakin ia berjaya diselesaikan dalam masa setahun setengah daripada sekarang," jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau berjanji kepada para pembeli yang harga tambahan tidak akan dikenakan dan ia tetap sama seperti apa yang tercatat dalam surat perjanjian jual beli.

Dalam perkembangan berkaitan, menurutnya, bilangan rumah yang di jual dalam projek itu hanya sebanyak 41 unit sahaja dan bukan kira-kira 600 seperti didakwa.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.