This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai lebih 3 tahun
15/9/2004 Harian Metro

SAYA membeli rumah di Taman Wawasan Kulai berharga RM50,000 kesal kerana projek yang dijangka siap pada April 2003, gagal diduduki sehingga kini, malah pemaju terbabit gagal menyegerakan projek itu sungguhpun sudah didesak.

Lebih mengecewakan peguam yang dilantik untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan pembelian rumah gagal mengambil tindakan.

Kelewatan itu membebankan saya kerana terpaksa membayar sewa rumah dan dalam masa yang sama membayar bunga kepada bank.

Saya harap pihak pemaju dapat mempercepatkan projek yang terbengkalai sejak tiga tahun 5 bulan.

Sekiranya pihak terbabit gagal melaksanakannya segera tindakan undang-undang boleh diambil kerana apa yang saya ketahui setiap pembeli berhak menuntut pampasan daripada kecuaian pemaju.


PEMBELI TERANIAYA,
Tampoi, Johor

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.