Rumah Taman
Wawasan terbengkalai 4 tahun
27/09/2004
Harian Metro
SAYA membeli rumah di Taman Wawasan, Kulai, dengan harga RM50,000
pada awal 2001 lalu.Namun, rumah itu
sehingga ini terbengkalai kerana pemaju gagal
menyiapkan mengikut perjanjian jual beli ditandatangani pembeli
sebelum ini.
Bukan itu saja, pembeli juga tidak pernah
memaklumkan sebarang maklumat mengenai rumah berkenaan sekalipun
sebab kegagalan mereka menyiapkannya dalam jangka masa ditetapkan.
Kami dibiarkan terus menunggu oleh pemaju itu
termasuk pihak peguam yang bertanggungjawab juga dilihat tidak mampu
berbuat sesuatu untuk membantu menyelesaikan masalah itu.
Bayangkan, hampir empat tahun rumah itu dibina
tapi tidak siap lagi sedangkan wang pendahuluan dan bayaran peguam
sudah lama diselesaikan.
Pinjaman kerajaan yang dibuat pembeli sudah
diluluskan dan pembayaran kepada pemaju, difahamkan berjalan lancar
pada setiap bulan.
Saya memohon kepada pihak berkenaan supaya dapat
melakukan penyiasatan segera.
Saya berharap, pihak berkuasa dapat membantu
menangani masalah kami ini termasuk menuntut ganti rugi atau
pampasan daripada pemaju disebabkan kegagalan mereka menyiapkan
rumah.
Tolong jangan biarkan kami teraniaya, sedangkan
pemaju terbabit dengan mudah mengaut keuntungan besar.
PEGANG PADA JANJI,
Johor Bahru |