| Pemaju Taman 
			Cahaya tiada tanggunjawabKosmo 18/09/2004
 
 AMPANG JAYA -Pemaju perumahan Taman Cahaya Ampang, Jebcom Land Sdn. 
			Bhd. mendakwa tapak yang diwartakan untuk dibangunkan taman 
			permainan di kawasan tersebut bukan urusan pihaknya.
 Sebaliknya, jurucakap tersebut meminta wartawan 
			KOSMO! merujuk kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis 
			Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk penjelasan lanjut.  "Ini bukan tanggungjawab kami," kata jurucakap itu 
			ketika dihubungi.  Dalam laporan semalam KOSMO! menyiarkan keluhan 
			penduduk taman berkenaan yang menantikan pembinaan taman permainan 
			yang dijanjikan 18 tahun yang lalu.  Tinjauan KOSMO! di tempat itu pada Rabu lalu juga 
			mendapati tapak tersebut kini menjadi perumahan setinggan yang juga 
			dipenuhi semak-samun dan timbunan sampah sarap yang mencacatkan 
			pemandangan.  Persatuan Kebajikan Penduduk dan Pemilik Rumah 
			Pangsa Taman Cahaya , Abdul Rahman Ideris memberitahu banyak 
			permohonan dan rayuan telah dikemukakan kepada pemaju dan pihak 
			berkuasa tempatan tetapi tiada milium balas setakat. Ketika dihubungi semula semalam, beliau berkata: "Tiada 
			sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa terhadap tapak 
			tersebut selepas masalah kami disiarkan dalam akhbar ."  Dalam pada itu, KOSMO! gagal mendapat reaksi pihak 
			MPAJ. |