Pemaju menghilang selepas kutip
bayaran 10 peratus
04/09/2004
Berita Harian, Jamal Nasir Haron, Johor Bahru
SEJAK akhir-akhir ini isu projek perumahan terbengkalai timbul
semula.
Yang menjadi mangsa adalah pembeli yang berkehendakkan sebuah
kediaman
yang agak selesa, terutama setelah dibuai dan disogokkan dengan
pelbagai
promosi yang hebat oleh pemaju yang akhirnya terbukti ibarat `lintah
darat'.
Satu projek terbabit adalah di Bandar Bukit Bayu, Masai, Johor.
Projek
perumahan ini diusahakan oleh sebuah yang beribu pejabat di Shah
Alam,
Selangor.
Saya seorang pembeli rumah yang terbengkalai itu setelah melunaskan
wang
pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah pada 2 Mei 2001. Tempoh
yang
dijanjikan siap ialah 24 bulan selepas tarikh perjanjian jual beli
dimeterai.
Sepatutnya rumah saya siap pada 2 Mei 2003. Banyak usaha telah saya
lakukan bagi mendapatkan kembali wang pendahuluan itu termasuk
membuat
aduan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tribunal
Tuntutan
Pembeli Rumah dan di Pejabat Perumahan Negeri.
Surat rayuan menuntut pemulangan wang pendahuluan juga dihantar ke
pejabat pemaju, tetapi sehingga kini belum ada jawapan diterima.
Kerja mereka ialah buka syarikat, buat promosi `macam nak gila'
dengan
pelbagai tawaran istimewa, selepas itu berkempen memungut wang
pendahuluan
10 peratus daripada pembeli dan apabila wang kutipan terkumpul
berjumlah
berjuta-juta ringgit, mereka mulalah membuat persediaan mencari
jalan
untuk `menghilangkan diri'.
Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa, Pejabat Perumahan Negeri
seolah-olah macam tidak mengambil kisah atau peka dengan nasib malang
pembeli.
Aduan demi aduan dibuat menagih simpati dan pembelaan bagi
mendapatkan
semula 10 peratus wang deposit pendahuluan harga rumah yang
dilesapkan
pemaju.
Sepatutnya, jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit berusaha
memainkan
peranan yang lebih agresif sebelum memberi kelulusan seperti tegas
dalam
segala hal termasuk memeriksa kedudukan kewangan pemaju, memantau
projek
yang dilaksanakan supaya ia lancar sehingga kunci rumah diserahkan
kepada
pembeli
|