This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju 'goyah' projek terbengkalai
Utusan Malaysia 15/9/2004

KUALA LUMPUR 14 Sept - Pemaju menghadapi masalah sumber kewangan selain pengurusan lemah menjadi punca 25,485 unit rumah di Selangor terbengkalai.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan projek dengan mencari pemaju lain, atau menyerahkan projek kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) atau agensi kerajaan lain yang berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Setinggan, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan berkata, ia melibatkan sebanyak 36 projek dengan nilai RM1.8 bilion.

Beliau berkata, lebih malang, sebanyak 10,492 unit rumah yang terbengkalai itu adalah rumah kos rendah.

"Masalah berlaku apabila pemaju tidak ada wang dan kerajaan pula terpaksa mencari jalan menanganinya daripada semasa ke semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, setakat ini hanya tiga projek terbengkalai telah diambil alih oleh pemaju lain bagi dipulihkan.

Menurut beliau, ia bernilai RM39.67 juta atau melibatkan sebanyak 792 unit.

Bagaimanapun, katanya, bagi sesetengah projek terbengkalai, ia tidak sesuai bagi dipulihkan atas beberapa sebab tertentu.

"Ia termasuk masalah teknikal dan halangan dari aspek perundangan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mendapati dua projek perumahan terbengkalai bernilai RM103.08 juta tidak lagi sesuai dipulihkan melibatkan 821 unit dan 99 pembeli.

Menurut beliau, bagi projek seperti itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan SPNB bagi menyelesaikannya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.