This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Konsep bina dan jual beri kepuasan
Utusan Malaysia 24/09/2004

SHAH ALAM 23 Sept: - Syarikat Worldwide Holdings Berhad (Worldwide) yakin penjualan rumah melalui konsep bina dan jual dapat memberi kepuasan sebenar kepada pembeli.

Pengarah Urusan Kumpulan Worldwide, Datuk Ibrahim Md. Yusof berkata, ia juga dapat memberi keuntungan yang lebih kepada pemaju berbanding penjualan rumah cara lain sekali gus membendung daripada meningkatnya projek rumah terbengkalai. Menurutnya, melalui konsep yang sama, pembeli akan dapat melihat rumah dalam bentuk fizikal dan membelinya terus jika mereka berpuas hati.

"Melalui konsep jual, siap dan bina ini memang bagus kerana mereka (pembeli) dapat tengok rumah sebelum membelinya.

"Bagi pemaju pula mereka boleh mendapat keuntungan lebih kerana harga rumah siap boleh dijual mahal sedikit daripada biasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagaimanapun, Ibrahim memberitahu, bagi melaksanakan konsep sedemikian sesebuah syarikat pemaju perlu mempunyai modal dan kewangan yang kukuh.

"Bayangkan kalau tidak ada kewangan yang kukuh macam mana hendak pakai duit yang banyak buat rumah sebelum ada pembeli.

"Worldwide sudah melaksanakan konsep berkenaan secara skala kecil sejak beberapa tahun lepas sebelum konsep itu popular baru-baru ini," ujarnya sambil menambah pihaknya juga berminat mengaplikasikan konsep berkenaan sepenuhnya jika mempunyai peruntukan kewangan yang stabil yang stabil pada masa depan.

Beliau menegaskan, setakat ini, Worldwide hanya mengaplikasikan konsep berkenaan pada sesetengah unit sahaja iaitu kiira-kira 20 peratus daripada setiap taman perumahan terutama di Shah Alam sejak, beberapa tahun lepas.

Setakat ini, pihaknya telah membina sebanyak 107 unit rumah daripada pelbagai jenis melalui konsep bina dan jual dan mendapat sambutan menggalakkan.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 44 unit rumah kondo villa dan 55 unit teres dua tingkat termasuk bagi jenis edisi khas di Subang Bestari. Kesemuanya bernilai kira-kira RM23.3 juta.

Menurutnya, melalui konsep yang sama, pembeli biasanya sanggup membeli rumah dengan harga yang tinggi sedikit berbanding biasa kerana boleh terus tinggal serta merta berbanding penjualan rumah cara konvensional.

Cara bina dan jual itu, katanya, akan memberi keuntungan lebih kepada pemaju kerana nilainya tinggi daripada rumah yang masih dalam proses pembinaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.