This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kisah mangsa beli rumah secara tunai

27/08/2004 UTUSAN MALAYSIA

Saudara Pengarang,

Saya membaca dengan rasa hiba yang mendalam surat daripada Penanti 7 tahun dari Selangor yang mencurahkan kekecewaannya akibat ketidakjujuran pihak tertentu atau pemaju yang tidak bertanggungjawab terhadap pembeli-pembeli jujur.

Saya juga ingin berkongsi kisah dengan pembaca. Saya adalah salah seorang pembeli malang yang telah membeli hartanah pada tahun 1999 di Taman Permata,(berdekatan Taman Perling) Johor Bahru iaitu sebuah rumah teres dua tingkat yang sepatutnya mempunyai kemudahan kondominium dengan harga RM328,800 secara tunai dengan tujuan sebagai pelaburan.

Pemaju telah mencagarkan tapak tanah ini untuk peminjaman dari syarikat kewangan bagi pembiayaan projek ini.

Pada sekitar tahun 2001, pembeli telah menerima surat memberitahu bahawa projek ini telah diambila alih oleh sebuah firma (selaku receivership) di mana pembeli telah diminta membayar tambahan 10 peratus untuk meneruskan projek yang telah lebih 95 peratus siap.

Pihak pemaju telah berhutang dalam anggaran RM20 juta daripada bank pada peringkat akhir projek,tetapi bank masih tidak menerima pembayaran dari pemaju dan kini nyata mereka mahu kerugian ini ditanggung oleh para pembeli.

Adalah tidak profesional bagi pihak pembiaya projek mengabaikan akaun mereka dengan pemaju projek hingga menjadikan  akaun ini tidak sihat. Adalah sangat menghairankan dengan pembayaran disalurkan ke akaun pembangunan perumahan perkara sebegini masih terjadi.

Kepentingan

Guaman yang diberikan percuma kepada kami oleh pemaju juga memberikan khidmat yang tidak memuaskan dan tidak menjaga kepentingan kami.

Setelah lama menunggu untuk sijil layak menduduki (CFO) dan title deeds pembeli-pembeli dengan inisiatif sendiri telah mengeluarkan lebih RM200,000 untuk membuat jalan dan pemulihan sistem kumbahan sebagai memenuhi syarat untuk CFO.Akhirnya dengan usaha kami sendiri, CFO telah dapat diperoleh dan kami telah memohon dan mendapat bekalan air dan elektrik.

Saya tidak tahu bagaimana orang seperti kami dapat meminta tolong pihak yang sepatutnya memberikan pertolongan kepada mereka yang malang seperti kami.Untuk pengetahuan, kami juga telah membuat laporan polis dalam isu ini.

Saya menulis pengalaman saya ini supaya baka pembeli berhati-hati ketika hendak membeli rumah.Lebih-lebih lagi membeli rumah adalah perkara yang tidak selalu kita lakukan dan ini mendedahkan kita kepada penipuan-penipuan (berlandaskan undang-undang) di mana jika terjebak adalah sukar untuk kita pertahankan hak kita sebagai pembeli.

Saya harap kementerian berkenaan dapat membantu menutupi ruang-ruang yang membolehkan pemaju dan pihak lain yang tidak bertanggungjawab menipu duit titik peluh atau simpanan bertahun-tahun pembeli.

Ini termasuk bukan saja memantau pemaju-pemaju tetapi juga pihak guaman yang perkhidmatannya selalu diberikan percuma oleh pemaju dan juga syarikat pinjaman yang memberi pinjaman dengan mengambil projek tapak tanah sebagai cagaran.

Mereka harus memikul tanggungjawab dengan memberi perkhidmatan yang profesional.

PEMBELI YANG HILANG KEYAKINAN
Johor Bahru.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.