This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kembalikan wang atau hadapi tindakan undang-undang

25/08/2004 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Pembeli rumah terbengkalai di Lembah Beringin, Norhiza Jaffar, 38, memberi kata dua kepada Lembah Beringin Sdn. Bhd., (LBSB) iaitu mengembalikan wangnya atau beliau akan mengembalikan wangnya atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anak syarikat Land & General itu.

Tegasnya, walaupun Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mengambil alih projek tersebut, itu tidak bermakna perkara berkenaan dianggap selesai dan beliau perlu menunggu lagi untuk mendapatkan rumahnya.

Norhiza berkata, beliau dan keluargnya sendiri sudah tidak mahu menaruh apa-apa harapan lagi untuk memiliki rumah tersebut.

"Setelah tujuh tahun pemaju membiarkan saya dan pembeli-pembeli lain tertanya-tanya dengan perkembangan rumah itu di samping terpaksa menanggung banyak kerugian, kini kita baru diberitahu bahawa projek itu akan dipulihkan oleh SPNB.

"LBSB tidak merasa peritnya kesusahan kami selama ini sedangkan mereka seolah cuci tangan apabila ia diserahkan kepada SPNB," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

LBSB dalam kenyataannya semalam menjelaskan SPNB akan mengambil alih empat fasa projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin yang gagal disiapkan oleh syarikat itu.

Ketua Pegawai Operasi LBSB, Mohd. Najib Mohd. Rawi berkata, krisis kewangan pada 1997 menyebabkan empat fasa pembangunan rumah tersebut terjejas teruk.

Mengulas perkembangan itu, Nurhiza hairan mengapa syarikat induknya, Land & General tidak memulihkan sendiri projek tersebut.

"Sedangkan Land & General difahamkan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan mempunyai banyak projek yang berjaya," ujarnya.

Norhiza menjelaskan, dulu beliau sendiri memilih untuk membeli rumah di kawasan yang terletak 70 kilometer dari Kuala Lumpur itu kerana terpengaruh dengan nama Land & General yang dianggap begitu besar dan berwibawa dalam membangunkan projek perumahan.

"Ini yang saya tidak faham. Mengapa perlu SPNB yang ambil-alih," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau sudah tidak berminat untuk mengetahui perkembangan pemulihan projek tersebut dan hanya mahu wangnya dikembalikan.

"Saya akan ambil tindakan undang-undang jika mereka enggan memulangkan wang tersebut kerana ini dikira satu penipuan. Saya telah mendengar pendapat beberapa orang peguam dan mereka kata say boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju," katanya.

Dalam pada itu Norhiza menjelaskan, sehingga sekarang pun beliau belum menerima sebarang surat mengenai SPNB dan pemaju yang
akan mengadakan perbincangan dengan pembeli terbabit mengenai pemulihan projek berkenaan yang dijangka diadakan pada hujung
minggu ini.

Isu mengenai projek terbengkalai di Lembah Beringin ini timbul apabila Norhiza telah menulis surat dan disiarkan di muka depan
Utusan Malaysia.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.