This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Dilema rumah terbengkalai
23/08/2004 Harian Metro

PEMBELI rumah yang menjadi mangsa kepada kegagalan pemaju perumahan menyiapkan projek mereka hingga menyebabkan terbengkalai mempunyai beberapa saluran yang boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Antara saluran itu ialah dengan membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), sebuah badan bebas yang ditubuhkan selepas Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dipinda mengikut Seksyen 16B, Bahagian VI Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2002 (Akta A1142), berkuatkuasa mulai 1 Disember 2002.

TTPR menyediakan alternatif kepada pembeli mengadu mengenai masalah mereka dan kes berkenaan akan didengar serta diadili. Tribunal terbabit akan memberi pertimbangan kepada tuntutan ganti rugi atau pampasan ke atas pemaju dengan cara lebih mudah, murah serta pantas.

Tribunal itu boleh mendengar apa-apa tuntutan daripada pembeli rumah tetapi dengan beberapa syarat:

- Tuntutan yang difailkan di TTPR mestilah tidak lewat 12 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) atau tamat tempoh liabiliti kecacatan (Defect Liability Period) seperti yang dinyatakan dalam Surat Perjanjian Jual Beli (S&P).

- Perjanjian Jual Beli yang membabitkan rumah tempat tinggal (housing accomodation) yang dibina di atas tanah untuk kegunaan tempat kediaman saja.

- Setiap tuntutan tidak lebih RM25,000 bagi setiap klausa tindakan kecuali pihak menuntut bersetuju untuk tidak meneruskan jumlah baki tuntutannya atau dengan persetujuan pihak pemaju secara bertulis untuk pendengaran di TTPR.

- Bagi S&P yang dibuat sebelum 1 Disember 2002, tuntutan layak dipertimbangkan jika memenuhi syarat seperti dia atas dan bukan projek perumahan yang dijalankan badan koperasi atau agensi kerajaan.

Bagaimanapun, pembeli yang ingin membawa masalah ke TTPR perlu mendaftarkan kes mereka dengan mengisi Borang 1 dalam empat salinan serta melampirkan asas tuntutan dengan bayaran RM10.

Jika ada dua nama pembeli rumah dalam surat S&P, kedua-dua pihak perlu memasukkan nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan masing-masing dalam borang tuntutan mereka (Borang 1).

Kedua-dua pihak juga perlu hadir atau membuat Surat Wakil Kuasa bagi mewakili dirinya pada hari kes didengar di TTPR nanti.

Selepas Borang 1 didaftarkan, pihak yang menuntut perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada pemaju sama ada secara serahan tangan (dapatkan cop akuan penerimaan daripada pemaju) atau serahan secara pos berdaftar.

Pihak yang menuntut juga boleh memfailkan pembelaan kepada tuntutan balas jika perlu dengan menggunakan Borang 3 dan membayar yuran sebanyak RM10.

Kes tuntutan yang difailkan di TTPR akan diselesaikan dalam jangkamasa tidak melebihi dua bulan selepas penetapan tarikh kes didengar di tribunal pertama.

Selain itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga membenarkan pengeluaran simpanan bagi membiayai pembelian rumah kedua dengan syarat rumah pertama sudah dijual atau pembinaan rumah pertama terbengkalai.

Bagi kes rumah terbengkalai, seseorang ahli boleh membuat permohonan pengeluaran kali kedua dengan mengemukakan dokumen seperti surat pengesahan projek terbengkalai dari Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan, surat perjanjian jual beli rumah yang terbengkalai, salinan kad pengenalan, surat perjanjian jual beli rumah kedua, surat kelulusan pinjaman rumah kedua dan salinan buku bank akaun simpanan atau penyata akaun semasa.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved. 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.