This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

52 projek rumah terbengkalai di NS
26/08/2004 UTUSAN MALAYSIA

SEREMBAN 25 Ogos – Sebanyak 52 projek perumahan membabitkan lebih 3,000 unit rumah terbengkalai di seluruh negeri ini dan ada yang lebih 20 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Woo Ah Lek berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai tersebut dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya menghadapi beberapa masalah dan perlu mengadakan kajian terperinci sebelum me-ngambil alih kesemua projek perumahan terbengkalai terbabit.

Katanya, proses untuk mengambil alih projek perumahan terbengkalai itu memakan masa yang panjang kerana terpaksa mengikuti beberapa prosedur.

"Sebelum sesuatu projek perumahan diambil alih oleh kerajaan negeri atau SPNB, kita perlu mengikuti beberapa proses seperti mengesan semua pemilik rumah terbabit yang tinggal di merata-rata tempat.

"Selain itu kita juga perlu menyemak semula semua baki bayaran yang telah dibuat oleh pemilik-pemilik rumah terbabit dan pihak pemaju yang baru perlu menjalankan kajian mengenai kawasan berkenaan sebelum proses pengambilalihan dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kajian terperinci

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan kes seorang pembeli rumah di Lembah Beringin, Norhiza Jaffar, 38, mengadu rumahnya terbengkalai sejak tujuh tahun lalu.

Dalam ruangan Forum hari ini pula, pembeli rumah Taman Bayu daripada pemaju Tegoh Timber and Properties Sdn. Bhd. di Selangor juga terbengkalai tetapi lebih 14 tahun.

Ah Lek berkata, sehingga kini pihaknya telah menyelesaikan satu projek perumahan terbengkalai dan dalam proses untuk mengambil alih beberapa lagi projek tersebut.

"Kita telah mengadakan beberapa per-bincangan dengan SPNB untuk mengambil alih semua projek terbabit bagaimanapun ia memakan sedikit masa.

Satu lagi projek perumahan Taman Pelangi melibatkan fasa pertama dan kedua telah diambil alih oleh SPNB dan hanya menunggu persetujuan daripada pihak pemaju," katanya.

Tambahnya, para pemilik rumah tidak perlu bimbang kerana kerajaan sedang menjalankan kajian yang terperinci, mengenai masalah itu untuk diselesaikan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.