This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah dirampas jika gagal bayar tunggakan
Utusan Malaysia 14/7/2004

SHAH ALAM 13 Julai - Kerajaan Selangor memberi amaran merampas balik rumah awam kos rendah (RAKR) sekiranya pemiliknya masih gagal menjelaskan tunggakan lebih RM40 juta dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Setinggan, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan berkata, amaran keras itu perlu kerana pemilik RAKR masih berdegil dan enggan bertolak ansur.

"Dalam tempoh enam bulan ini kita akan menyediakan skim pembayaran kepada mereka dan jika masih berdegil kita akan sita dan rampas rumah berkenaan melalui mahkamah.

"Kita perlu berbuat demikian kerana hutang tertunggak RAKR sejak 25 tahun dulu hingga sekarang sudah mencecah lebih RM40 juta," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan rebet daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kepada sebahagian daripada 158 penduduk Kampung Melayu Subang yang telah menjelaskan sepenuhnya hutang RAKR di sini hari ini.

"Program RAKR mula diperkenalkan di Selangor sejak 1963 dan 174 projek melibatkan sebanyak 18, 507 unit rumah kesemuanya di Selangor.

Purata harga rumah dua bilik itu antara RM15,000 hingga RM23,000 itu dengan kadar bayaran RM80 hingga RM150 sahaja sebulan dalam tempoh 300 bulan.

Mohd. Mokhtar seterusnya memberitahu, LPHS menyediakan beberapa skim tertentu bagi pemilik RAKR menjelaskan hutang termasuk mewarisinya kepada anak masing-masing.

"Sebelum ini penguatkuasaan kita agak longgar tetapi tidak kali ini kerana kita ada rekod dan nama semua pembeli dan kita akan turun padang tidak lama lagi," jelasnya.

Selain unit khas di LPHS, katanya, sebuah syarikat swasta iaitu Noble Nexus juga dilantik bagi mengutip hutang tertunggak RAKR.

Beliau berkata, antara skim menarik yang disediakan LPHS ialah menyediakan rebet atau potongan harga kepada pemilik RAKR yang melunaskan hutang mengikut jadual selain menguruskan pinjaman dengan bank-bank tertentu.

LPHS juga meletakkan sasaran menyelesaikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah hutang sehingga penghujung tahun depan.

Sementara itu, Mohd. Mokhtar juga memberitahu, Hulu Selangor mencatatkan bilangan unit RAKR terbanyak iaitu 1, 741 unit diikuti Kuala Langat (3, 113); Hulu Langat (3, 069); Kuala Selangor (2, 492) dan Klang (2, 328).

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.