Penduduk kecewa flat diduduki tak
berkualiti
Utusan Malaysia 12/7/2004
SAYA sambut baik lang-kah kerajaan menghapuskan setinggan-setingga di
kawasan Selangor terutamanya Lembah Klang.
Kami bukanlah anti pembangunan tetapi meminta kerajaan
tolonglah tengok dan kaji masalah yang kami hadapi. Harga rumah yang
ditawarkan kepada kami antara RM35,000 - RM42,000.
Saya bagi pihak penduduk Desa Mentari meminta pemaju Mentari Properties,
kerajaan Selangor terutama Menteri Perumahan tolong selesaikan masalah
kami berhubung kualiti rumah flat yang kami duduki.
Kami berasal dari setinggan Kampung Lindungan tidak
membantah bila tapak rumah kami di ambil dan kami di pindahkan ke rumah
Pangsa Desa Mentari dengan, harga RM-35,000 tanpa apa-apa pampasan.
Rumah yang kami duduki sekarang retak sana-sini dan
sering menghadapi masalah lif rosak. Baru-baru ini dikejutkan dengan
kejadian angin kencang yang melanda.
Bukan sahaja bumbung rumah yang terbang mala-han dinding
rumah juga melayang. Nasib baik tiada nyawa yang turut sarna melayang.
Yang kami tidak puas hati ialah bukan sahaja rumah yang
tidak berkualiti tetapi bayaran penyelenggaraan yang tidak berpatutan.
Dengan lif yang selalu rosak, kotor, sampah sarap bersepah di sepanjang
tangga, kadar bayaran RM45 sebulan bagi kami amatlah mahal memandangkan
kami dari golongan miskin. Pendapatan di paras cukup-cukup makan. Mana
hendak bayar duit pinjaman bank lagi, anak sekolah di tambah lagi de-ngan
bayaran penyelenggaraan yang tidak berpatutan.
Kerana itu jugalah ramai penduduk yang terpaksa pindah
ke tempat lain. Kami bimbang apabila bayaran penyelenggaraan tidak di
bayar, pemaju dengan pantas akan menghantar surat saman kepada kami.-
FATlMAH AHMAD, Petaling
Jaya, Selangor. - |