This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Ng suka bantu pembeli rumah bermasalah

BERITA HARIAN 17/07/2004

KUALA LUMPUR: Arkitek muda, Ng Yean Shiunn sedia mendengar masalah dan menghulurkan bantuan kepada pembeli rumah bagi memastikan hak mereka terjamin.

Sebagai ahli Persatuan Pembeli Rumah Malaysia (HBA), beliau menjadi tempat rujukan pembeli rumah yang menghadapi masalah.

"Ada banyak perkara dalam proses membeli rumah yang tidak diketahui orang ramai. Kecuali anda adalah profesional... jika tidak, anda tidak akan sedar hak pengguna mengenainya," kata eksekutif muda berusia 39 tahun yang turut dicalonkan menerima Anugerah Kemanusiaan Muda The New Straits Times Press-PricewaterhouseCoopers Malaysia (NSTP-PwC).

HBA adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memastikan layanan adil diberikan kepada pembeli rumah yang bermasalah dengan pemaju.

Tahun lalu, Ng membantu seorang lelaki kurang upaya, Murugeswaran Veerasamy yang menghadapi masalah dengan kondominium yang dibelinya.

Meskipun rumah yang dibeli oleh Murugeswaran di Shah Alam terletak di tingkat bawah, beliau bagaimanapun menghadapi masalah kerana ada beberapa tangga yang menyukarkan perjalanannya - dari tempat meletak kereta dan rumahnya.

Pemaju perumahan mencadangkan pembinaan laluan untuk kemudahan kerusi roda tetapi cadangan Ng yang lebih rendah kosnya ialah mengatur semula susunan kondominium itu dan membuat satu jalan tepi.

"Kadangkala, nilai hartanah menyusut apabila banyak perubahan dilakukan.

Dengan mengurangkan perubahan, kita dapat mengekalkan nilai rumah.

"Cogan kata kita ialah sentiasa membantu pembeli rumah yang tidak berkemampuan atau tidak mampu mendapatkan nasihat profesional," katanya yang juga sukarelawan pada hari minggu bagi sesi perjumpaan pelanggan HBA.

Setiausaha Agung HBA, Chang Kim Loong memuji usaha Ng yang juga adalah satu-satunya sukarelawan di bawah usia 40 tahun.

"Ramai yang hanya menjadi sukarelawan selepas mereka sudah berkemampuan dari segi kewangan. Tetapi Ng adalah satu-satunya sukarelawan di bawah 40 tahun yang masih bergelut dengan hidupnya.

"Saya harap ada lebih ramai orang muda bersemangat seperti saya di luar sana," katanya.

Sebanyak 37 pencalonan diterima bagi NSTP-PwC yang berakhir 30 Jun lalu.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi manakala RM10,000 lagi akan disumbangkan kepada organisasi kebajikan yang dipilih pemenang.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.