This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kecewa gaji dipotong rumah belum siap

12/07/2004 Utusan


Saudara Pengarang,


SAYA adalah salah seorang pembeli rumah teres kos sederhana setingkat di Taman Dato Bahaman, Lanchang, Pahang.

Saya kecewa kerana rumah yang dibeli melalui pinjaman kerajaan, tidak siap seperti dijanjikan iaitu bulan Disember 2003, tetapi gaji saya telah dibuat potongan.

Untuk pengetahuan pihak yang bertang-gungjawab, saya dan semua pembeli rumah di taman tersebut bukanlah dari golongan yang berpendapatan tinggi dan kami ada keluarga yang hendak ditanggung. Jikalau rumah siap dan gaji dibuat pemotongan, kami sebagai pembeli berpuas hati.

Saya berharap pihak pemaju iaitu Komena Bhd. (Koperasi Melayu Nusantara Berhad) dan pengurus projek Zar Development Sdn. Bhd., dapat menyelesaikan projek tersebut dalam jangka masa yang terdekat dan membuat penggantian terhadap mana-mana struktur bangunan yang telah reput dan usang.

Harapan saya supaya peguam yang mewakili saya dan semua pembeli di taman perumahan tersebut dapat memainkan peranan yang lebih baik, supaya projek perumahan tersebut dapat siap dengan sempurna.

Saya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Pahang dan wakil rakyat bahagian Lanchang dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Perdana Menteri kita ada menyuarakan bahawa beliau tidak mahu ada projek-projek terbengkalai dan menyusahkan rakyat, salah satunya adalah projek perumahan. - ALI-BFI, Lanchang, Pahang.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.