This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Taman Amir Makmur masih tunggu CF
BERITA HARIAN 22/06/2004

SAYA, pembeli rumah di Taman Perumahan Amir Makmur Kampung Raja Besut, Terengganu kesal dengan jawapan dolak-dalih pemaju mengenai bila projek itu dapat diselesaikan dengan sempurna.

Saya membeli rumah itu dengan harga RM55,000 pada 1998. Projek perumahan ini siap lima tahun lalu, namun sehingga kini belum mendapat CF.

Walaupun rumah sudah siap keadaannya tidak memuaskan hati kerana dibina tidak mengikut spesifikasi.

Bangunan rumah senget, siling melengkung, plaster dinding berlekuk, pintu bilik ketat dan pemaju menakik pintu dengan parang untuk melonggarkannya. Mungkin pemaju mengupah budak yang baru belajar bertukang untuk menyiapkan rumah itu.

Saya diminta hadir bersama wang guaman RM1,200 di pejabat pemaju pada Februari 2003 dengan alasan mengambil kunci dan menandatangani pemilikan kosong.

Saya dimaklumkan CF dikeluarkan dalam masa tiga bulan daripada tarikh itu.

Saya amat sedih apabila melihat rumah itu kerana masih tidak boleh
diduduki dan 13 aduan kerosakan sudah saya laporkan.

Ini termasuk atap bocor, bilik air tersumbat, siling pecah dan pintu pagar tercabut. Rumah itu hanya boleh diduduki pada Januari lalu itu pun selepas berpuluh kali saya menelefon dan menghantar faksimile minta segera dibaiki kerana gaji saya dipotong RM315 sebulan mulai Oktober 2001.

Walaupun tidak mendapat CF kami terpaksa menduduki rumah itu kerana tiada pilihan lain.


MMSF,
Lumut, Perak.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.