This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Belum ada pemaju perumahan dihukum

26/06/2004 Berita Harian

BERITA projek rumah terbengkalai di Negeri Sembilan khususnya di Pasir Panjang merugikan 320 pembeli, tetapi reaksi kerajaan amat membingungkan.


Saya kira ulasan kerajaan negeri ia sekadar menjejaskan potensi pelaburan di kaca mata pelabur dan memberi imej buruk kepada pelancong agak kurang tepat kerana yang penting apakah tindakan kerajaan mengatasi masalah itu.


Mengapa kerajaan negeri tidak cuba menyelesaikan masalah pembeli yang harus membayar faedah pinjaman dan ansuran.


Di Rembau, rakan saya yang membeli rumah di Taman Rembau Utama terus bersedih menanggung beban membayar pinjaman bank.


Bayangkan, masalah ini dibangkitkan pada Pilihan Raya 1999 dan Mac lalu tetapi pembeli terus tersepit.


Saya harap wakil rakyat menjengah ke taman perumahan yang terbengkalai, menemui pembeli yang menderita dan berusaha mencari penyelesaian.


Pokoknya apa dilakukan oleh pemaju kepada berjuta-juta wang yang dibayar kepadanya oleh bank sebelum projek itu dibiarkan?


Ketika projek dimulakan, pelbagai surat peringatan dan bayaran dituntut pemaju disertai surat peguam yang membuat pelbagai bentuk ugutan jika wang itu tidak dibayar.


Tetapi biasanya sebaik saja 80 peratus bayaran iaitu pinjaman dari bank dilunaskan pembeli, secara tiba-tiba pemaju lesap.


Setakat ini tidak ada seorang pun pemaju dihukum mahkamah hasil pendakwaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas gagal menyiapkan projek mereka.


Sebaliknya pembeli yang lemah dihambat bank dan diancam dengan tindakan muflis, diheret ke mahkamah dan disenarai hitam kerana pinjaman sudah dikeluarkan.


Pemaju dengan kereta menjalar berjaya melarikan diri dan tidak dikejar bank. Mereka kebal dan mungkin sedang menikmati hidup senang lenang di tempat lain.


Saya harap kerajaan negeri khususnya lebih aktif membantu pembeli rumah mengatasi masalah mereka secepat mungkin.


Kami juga pembayar cukai pendapatan dan cukai lain, jadi apalah salahnya kerajaan menolong kami pula.


Saya cadangkan pemaju yang sudah mendaftar dengan jabatan kerajaan sebelum memulakan projek perumahan dikesan dan dikenakan tindakan berat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika mahu benar-benar menjaga kepentingan rakyat.


Setakat ini belum ada seorang pun pemaju dihukum penjara atau didenda kerana membiarkan projek perumahan mereka terbiar separuh jalan. Ini menyebabkan pelbagai persoalan timbul.


Sebagai rakyat biasa, cakap-cakap `warung' mengenai nasib malang pembeli rumah dan pemaju melarikan diri bersama wang berjuta-juta ringgit menyakitkan telinga dan hati kerana rakyat membuat pelbagai andaian, tetapi itulah hakikatnya.


HSMION,
Rembau,
Negeri Sembilan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.