Rumah siap tidak boleh masuk
09/05/2004
Metro Ahad
MERSING: Pembeli rumah kos rendah di Taman Mahkota 1 di sini, kesal
kerana
tidak dapat mendiami rumah yang dibeli, walaupun ia siap kira-kira
dua
tahun lalu.
Pembeli yang sebahagian besarnya kakitangan kerajaan kecewa kerana
walaupun perumahan itu sudah dikeluarkan sijil layak menduduki (CF),
mereka masih tidak dapat memasuki rumah yang kebanyakannya kini
mengalami
rosak apabila pintu dan tingkap kaca dipecahkan.
Selain itu, individu tidak bertanggungjawab turut menjadikan kawasan
perumahan terbiar itu sebagai sumber rezeki dengan mencuri wayar
elektrik,
penutup besi pada saluran paip air serta sinki air.
Seorang pembeli, Yaakop Salleh, berkata beliau kecewa kerana projek
perumahan kos rendah bernilai RM30,000 seunit itu siap sejak dua
tahun
lalu.
Namun, katanya, sehingga kini pembeli gagal memasuki rumah itu
disebabkan pelbagai masalah, walaupun CF dikeluarkan Oktober tahun
lalu.
"Walaupun CF sudah diterima dan Sijil Layak Memiliki Rumah
dikeluarkan
pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hujung Februari lalu, namun
kami
pembeli masih gagal memasuki rumah berkenaan.
"Ini kerana masalah yang berbangkit akibat perbuatan mencuri wayar
elektrik dan penutup besi saluran meter paip air di perumahan itu.
"Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SAJ Holdings Sdn Bhd(SAJH) tidak
dapat
membekalkan kemudahan elektrik dan air selagi pihak pemaju tidak
membaiki
dan menggantikan pendawaian elektrik serta penutup besi pada saluran
paip
yang dicuri dan rosak," katanya.
Beliau berkata, apabila masalah itu dirujuk kepada pemaju, pihak
berkenaan mendakwa tidak bertanggungjawab kerana perumahan kos
rendah itu
sudah diserahkan kepada SUK.
"Yang menjadi mangsa adalah pembeli kerana terpaksa terus menunggu
untuk
mendiami rumah yang sudah dijelaskan bayaran pendahuluan 10 peratus.
"Sampai bila kami (pembeli) harus menunggu dan berharap Cawangan
Perumahan SUK mengambil tindakan segera serta mengambil kira masalah
serta
kepentingan pembeli," katanya.
Seorang lagi pembeli, Jasni Jusoh, 30, berkata beliau kecewa kerana
masih tidak dapat memasuki rumah, sedangkan ia sudah siap dan boleh
diduduki.
"Untuk mendapatkan rumah ini, saya terpaksa bersaing dan sabar
menunggu,
malangnya terpaksa terus bersabar kerana masalah ini.
"Saya kecewa melihat pendawaian elektrik di rumah saya dicabut pihak
tidak bertanggungjawab. Begitu juga banyak rumah lain yang rosak
akibat
perbuatan individu tidak bertanggjungjawab itu.
"Masalah ini berlaku sejak kira-kira setahun lalu, selepas kawasan
perumahan ini diserahkan kepada SUK dan kawalan keselamatan tidak
lagi
disediakan," katanya.
Rakannya, Zulhusni Md Salleh, 32, berkata pembeli ada merujuk
masalah
terbabit kepada SUK dan difahamkan memberi tempoh sebulan untuk
mengatasinya.
"Namun kini sudah lebih sebulan tetapi tiada perubahan, sebaliknya
pembeli masih tertunggu-tunggu untuk mendiami rumah," katanya. |