This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju lesap, pembeli rumah tertipu

07/05/2004 UTUSAN MALAYSIA
 
SEKUMPULAN pembeli di projek perumahan Teluk Gadong, Kampung Delek, Klang merasa tertipu dan teraniaya apabila rumah teres yang mereka beli sejak 1999 terbengkalai sejak tahun lalu.

Lebih menyedihkan mereka, syarikat pemaju terbabit yang berpejabat di Shah Alam telah ditutup dan sehingga kini masih gagal mengembalikan wang pendahuluan yang telah dibayar oleh 121 pembeli berjumlah RM1.3 juta.

Tinjauan Utusan Malaysia ke tapak projek itu mendapati, bumbung sederet rumah terbengkalai di kawasan itu pula telah dicuri, sekali gus menambah lagi derita pembeli terlibat.

Seorang pembeli, Shariff Baharom, 61, berkata, dia telah membayar wang pendahuluan rumah yang banyak sejak projek itu bermula empat tahuri lalu.

Jelasnya, ini kerana dia seperti juga pembeli lain, amat tertarik dengan tawaran pihak pemaju yang menjual rumah teres berkeluasan 20 x 60 kaki pada harga antara RM48,000 hingga RM68,000 sahaja.

Shariff telah membayar wang pendahaluan sebanyak RM48,000 secara berperingat kepada pemaju untuk membeli sebuah rumah itu.

"Tetapi setelah empat tahun berlalu barulah saya sedar pemaju menipu pembeli dan kini rumah yang menjadi impian kami, masih belum siap.

"Saya mewakili kira-kira 160 pembeli rumah projek ini meminta wakil rakyat di kawasan ini supaya campur tangan kerana kami tidak tahu lagi di mana hendak mengadu dan bagaimana caranya untuk menuntut semula wang pendahuluan kami," katanya.

Seorang lagi pembeli, Siti Zubaidah Saat, 32, berkata, kegiatan syarikat pemaju perumahan itu perlu didedahkan kepada umum bagi mengelakkan lebih ramai pembeli rumah tertipu dengan projek perumahan yang mereka tawarkan.

Dia mendakwa, ini kerana individu yang terlibat dalam syarikat pemaju perumahan itu telah menubuhkan syarikat lain dan menggunakan taktik yang sama untuk meraih keuntungan segera dengan menawarkan projek perumahan di tempat lain pula.

"Walaupun nama mereka telah disenaraihitamkan tetapi saya dapati mereka menggunakan nama orang lain dalam syarikat itu unttk menipu lebih ramai orang.

"Saya amat menyedari bahawa peluang untuk mendapatkan wang pendahuluan saya amat tipis kerana mereka ini amat licik tetapi saya berharap supaya orang lain tidak tertipu seperti saya," katanya.

Siti Zubaidah telah mengeluarkan wang simpanannya sendiri sebanyak RM30,00O untuk membayar wang pendahuluan rumah itu.
Seorang lagi mangsa, Saiful Nazri Saper berkata, dia telah membawa masalah tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dalam usaha untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya pemaju terbabit membayar semula wang pendahuluannya.

Bagaimanapun, katanya, pihak syarikat enggan menghadirkan diri pada pertemuan yang diaturkan dan dari situ dia menyedari bahawa pemaju berkenaan memang sengaja berniat untuk menipu pembeli dan melesapkan wang pendahuluan yang mereka peroleh.

Hamziati Zainon, 32, memberitahu, syarikat pemaju berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi memperdaya pembeli termasuk memulakan projek pembinaan bagi meyakinkan pembeli.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.