90 peratus tidak bersedia
23/05/2004 Metro Ahad
KUALA LUMPUR: Kira-kira 90 peratus pemaju di negara ini masih tidak bersedia
untuk melaksanakan konsep rumah 'siap dan jual' bagi projek perumahan, kata
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Beliau berkata, kebanyakan pemaju di negara ini tidak mempunyai banyak modal
dan mereka biasanya membabitkan 'pembeli untuk mendapatkan pinjaman daripada
institusi kewangan untuk menyertai sesuatu projek.
"Jika kita ulah dasar ini dan gunakan wang pemaju saja, kebanyakan permaju
itu yang tidak mernpunyai banyak modal tidak akan dapat rnelaksanakan projek
pernbangunan rnereka," katanya kepada pernberita selepas rnenutup Kursus
Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 3/2004 di Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC)
di sini.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata
kerajaan sedia rnengkaji kernungkinan rnensyaratkan pernaju perumahan
rnenyiapkan rumah mereka terlebih dulu sebelum menjualnya kepada pembeli.
Ong berkata, arahan Perdana Menteri itu akan diikuti dan kementeriannya akan
mengkaji secara terperinci sejauh mana konsep 'bina dan juaI' itu boleh
diamalkan di negara ini.
"Semua perkara ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan hala
tuju bagi masa depan," katanya.
Ong berkata, usaha dilakukan bagi mengatasi masalah projek perumahan
terbengkalai seperti meminda Akta Pemaju Perumahan pada 2002 dengan
mengetatkan syarat pemberian lesen kepada pemaju perumahan.
"Selepas pindaan akta ini, selepas 1 Disember 2002, peraturan lebih ketat
dikenakan untuk pemberian lesen baru dan sistem pemantauan lebih berkesan
berbanding sebelumnya," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan projek perumahan dilanda pelbagai masalah sebelum
akta itu dipinda memandangkan pemaju mengambil kesempatan daripada peraturan
yang longgar bagi melaksanakan sesuatu projek perumahan.
"Ini nampak dengan jelas selepas krisis kewangan pada 1997 dan 1998. Ketika
itu nampak ada kelemahan. Apabila sesuatu berlaku, baru nampak kelemahan,
jadi kali ini kita perbaiki keadaan," katanya.
Beliau berkata, ia termasuk menyenarai hitamkan abli lembaga pengarah
syarikat pemaju yang didapati mempunyai projek perumahan terbengkalai
sehingga mereka menyelesaikannya.
Sehubungan itu, Ong berharap Persatuan Pemaju Perumahan, (Rehda) bekerjasama
dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandangkah persatuan
itu sebelum ini sering meminta kerajaan tidak bertindak terlalu ketat dalam
mengeluarkan sesuatu lesen projek perumahan.
"Narnun apabila sesuatu projek terbengkalai, mereka menyalahkan kementerian,"
katanya.
Beliau juga berkata, kebanyakan projek perumahan terbengkalai mula dibina
sebelum dan ketika krisis ekonomi, pada 1997 dan 1998.
"Bagi projek selepas 1 Disember 2002, iaitu pemaju diwajibkan menggunakan
peraturan baru, tidak mudah bagi pemaju menipu pembeli," katanya.
|