200 pembeli kesal pemaju ingkar
janji
18/05/2004
BERITA HARIAN
TAMPIN: Lebih 200 pembeli rumah di Bandar Tampin Utama, Kilometer 3,
Jalan
Tampin-Gemas, dekat sini, kecewa kerana rumah yang dibeli sejak
empat
tahun lalu, belum dapat didiami.Apa yang lebih mendukacitakan mereka adalah sikap pemaju yang
beberapa
kali berjanji akan menyiapkan rumah itu, tetapi sehingga sekarang,
gagal
menunaikan janji itu.
Jurucakap pembeli, Rosli Omar, 48, berkata mereka membeli rumah itu
daripada Talu Corporatian Sdn Bhd yang beribu pejabat di Suite 1506,
Tingkat 15, Plaza See Hoy Chan, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada
awal
tahun 2000.
"Dalam surat perjanjian jual beli, pemaju berjanji menyiap dan
menyerahkan rumah pada akhir Mei 2002.
"Nasib kami bagaimanapun malang kerana sehingga kini rumah itu masih
terbengkalai.
"Kami sudah banyak kali berjumpa wakil pemaju yang berpejabat di
PS.1236, Tingkat Bawah, Jalan Besar, Pulau Sebang, Alor Gajah.
"Pihak pemaju berulang kali berjanji nak siapkan rumah itu tapi
janji
hanya tinggal janji saja.
"Kami sudah tidak dapat sabar lagi... lagipun, sebahagian daripada
pembeli yang membuat pinjaman kerajaan diberitahu semua wang
pinjaman
sudah dibayar kepada pemaju, sedangkan rumah belum juga siap,"
katanya.
Rosli meminta pemaju supaya lebih bertanggungjawab dan memahami
susah
payah pembeli kerana sebahagian besar pembeli adalah golongan
berpendapatan sederhana.
"Disebabkan perangai pemaju seperti ini, kami sekarang terpaksa
menyewa
rumah lain sedangkan kerajaan atau bank sudah memotong gaji kami
sejak
tiga tahun lalu," katanya.
"Kami minta pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau
pihak
berkuasa yang bertanggung jawab dapat menjalankan siasatan serta
mengambil
tindakan terhadap pemaju.
"Sebenarnya, kami sudah menghubungi peguam yang kami lantik ketika
menanda tangani perjanjian jual beli tapi malangnya mereka tidak
dapat
berbuat apa-apa," katanya.
Rosli berkata, sebahagian pembeli sudah mengadakan perjumpaan
pertama
baru-baru ini bagi membincangkan tindakan untuk diambil dan
perjumpaan
kedua akan diadakan di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Repah,
Datuk Gan
Chin Yap, di Bangunan MCA Tampin, pada jam 8.45 malam, Jumaat ini.
"Kita minta semua pembeli terbabit datang ke perjumpaan ini kerana
kita
mahu bentuk jawatankuasa bertindak bagi menyelesaikan masalah ini,"
katanya. |