Tanah perlu stabil sebelum mula
projek
BERITA HARIAN 28/04/2004
SUBANG JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengarahkan
pemaju
projek perumahan mengemukakan laporan geotechnical bagi memastikan
kestabilan tanah sebelum kerja pembinaan dimulakan.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Ab Hakim Borhan, berkata arahan berkuat
kuasa
kelmarin adalah perlu berikutan pihaknya mengenal pasti dua kawasan
perumahan di kawasan MPSJ yang mengalami masalah mendapan tanah dan
bangunan retak.
"Bagi mengelak ancaman terhadap nyawa dan harta benda, MPSJ meminta
arkitek dan penasihat pemaju perumahan mengeluarkan laporan
geotechnical,"
katanya selepas mesyuarat penuh MPSJ, di sini kelmarin.
Ab Hakim berkata, setakat ini kawasan perumahan yang dikenal pasti
mengalami masalah itu adalah sekitar USJ 1 dan Taman Puchong Indah.
"Penduduk tidak perlu bimbang kerana MPSJ dan pemaju perumahan sudah
mengambil langkah membaik pulih dan keadaan tanah dilaporkan selamat
dan
stabil," katanya.
Beliau berkata, antara punca masalah mungkin disebabkan pergerakan
bawah
tanah yang tidak stabil, selain tanah lombong yang dimajukan tidak
dirawat
dengan baik sebelum kerja pembinaan.
Ab Hakim berkata, ada tiga kategori tahap kerosakan dan tindakan
yang
perlu diambil pemaju, iaitu kerosakan kecil yang membolehkan
penduduk
menetap di kawasan itu sementara kerja baik pulih dilakukan.
"Bagi kerosakan besar, penduduk akan diarah berpindah dan pemaju
perlu
membayar sewa rumah sementara bagi penduduk sepanjang kerja membaik
pulih.
"Kediaman yang tidak boleh dibaiki dan rosak teruk pula memerlukan
pemaju mencari tempat baru bagi menggantikan rumah berkenaan yang
lebih
selamat," katanya. |