1 juta tiada rumah sendiri
Utusan Malaysia 17/4/2004
KUALA LUMPUR 16 April - Kira-kira satu juta keluarga di seluruh negara
yang berpendapatan di antara RM1,500 dan RM3,000 didapati tidak memiliki
rumah sendiri.
Ini disebabkan dengan gaji sebanyak itu, mereka tidak
layak membeli rumah kos rendah. Mereka juga tidak mampu membeli rumah
jenis kos lain yang lebih tinggi harganya berbanding kos rendah. Hasil
kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA)
ini didedahkan oleh Naib Presidennya, Datuk Mohd. Khalid Harun kepada
Utusan Malaysia hari ini.
Beliau memberitahu, golongan ini tidak mampu memiliki
rumah sendiri disebabkan harga rumah pada masa sekarang terlalu mahal.
Cadangan
Katanya, wujud perbezaan yang nyata antara harga rumah kos rendah yang
purata bernilai RM42,000 sebuah dengan rumah kategori lain yang
menyebabkan rata- rata rakyat berpendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000
tidak mampu membeli rumah selain daripada jenis kos rendah.
Selepas kos rendah, majoriti rumah adalah melebihi harga
RM85,000 .Nilai ini sebenarnya tidak mampu dibeli walaupun oleh mereka
yang berpendapatan sebanyak RM3,000," katanya.
Oleh itu, katanya, REHDA mencadangkan agar had
pendapatan untuk layak membeli rumah kos rendah dinaikkan daripada RMl,500
kepada RM3,000. lni disebabkan, katanya, terdapat hampir 300,000 buah
rumah kos rendah di seluruh negara yang gagal dijual. Bagaimanapun,
katanya, kelonggaran itu hanya perlu diberikan kepada mereka yang
mempunyai tanggungan yang tinggi seperti jumlah anak yang terlalu ramai.
Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya kriteria kelayakan yang lebih sesuai dan
tidak hanya berlandaskan pengiraan gaji diwujudkan untuk membeli rumah kos
rendah.
Abdullah mencadangkan agar syarat pemilikan rumah kos
rendah dinilai kembali dengan mengambil kira faktor pendapatan dan
bilangan ahli keluarga.
Kenyataan beliau itu sebagai reaksi kepada cadangan
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini yang ingin membenarkan golongan
berpendapatan tinggi membeli rumah kos rendah.
Cadangan itu bagaimanapun ditolak oleh Kabinet kelmarin.
Menurut Kabinet, punca masalah penjualan rumah kos
rendah ini mesti dikaji bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah
memiliki kediaman mereka sendiri.
Mohd. Khalid berkata, kos hidup semasa yang tinggi dicampur dengan
tanggungan yang banyak menjadikan ramai rakyat negara ini tidak mampu
untuk memiliki rumah sendiri.
Kata beliau, punca berlakunya lambakan rumah kos rendah
adalah disebabkan oleh syarat kerajaan yang mewajibkan 30 peratus daripada
bilangan rumah dalam projek perumahan terdiri daripada jenis kos itu.
Syarat ini katanya menimbulkan masalah apabila sesuatu
lokasi projek perumahan itu terletak jauh daripada bandar dan kurang
sesuai untuk golongan berpendapatan rendah.
Antara sebabnya ia menyukarkan mereka untuk berulang
alik ke tempat kerja dan menyebabkan golongan itu enggan membelinya.
Dalam pada itu, Mohd. Khalid berkata, REHDA bersedia untuk menganjurkan
ekspo rumah kos rendah seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, ini kerana persatuan itu mempunyai pengalaman dan kepakaran yang
secukupnya bagi berbuat demikian.
"Kita yakin banyak rumah kos rendah yang dapat dijual
sekiranya satu ekspo khas diadakan secepat mungkin," katanya. |