This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

Projek terbengkalai Bandar Baru Air Putih dipulihkan

21/03/2004 Utusan Online


BALIK PULAU 20 Mac - Projek Bandar Baru Air Putih Fasa 1 di sini yang terbengkalai kira-kira empat tahun akan dipulihkan semula bagi membolehkan lebih 200 unit rumah kos rendah dan pangsapuri kos sederhana disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Buat masa ini, rumah kos rendah (120 unit) dan pangsapuri kos sederhana (120 unit) itu hanya siap sekitar 10 peratus hingga 25 peratus.

Ia akan dibangunkan semula tidak lama lagi apabila satu perjanjian pemulihan ditandatangani di antara JKP Sdn. Bhd (JKPSB) dan Prudent Legacy Sdn. Bhd. (PLSB) hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan di tapak projek Bandar Baru Air Putih, Fasa 1, Mukim 4, Balik Pulau di sini dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Hilmi Yahaya.

JKPSB, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Noor Abdul Rahim manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Ahmad Farid Omar mewakili PLSB.

Ahmad Farid ketika berucap menyatakan, keseluruhan projek Bandar Baru Air Putih sepatutnya dibangunkan dalam tempoh enam tahun bermula Mei 2000 melibatkan lima fasa mengandungi 2,324 unit komponen kediaman, blok komersial dan industri ringan.

Ia kemudian dibangunkan secara usaha sama di antara JKPSB, MBSB dan Grand Chart Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 120 hektar selepas ia dilancarkan pada 30 Ogos 1999.

Bagaimanapun katanya, projek itu terbengkalai kerana situasi ekonomi ketika itu tidak memuaskan sehingga memaksa Hilmi mengarahkan JKPSB mencari jalan penyelesaian bagi menggerakkan projek itu dengan segera.

Daripada sejumlah 412 unit kediaman dan blok komersial, hanya 172 unit berjaya disiapkan iaitu 70 unit rumah teres dua tingkat, 82 unit rumah berkembar serta 20 unit rumah kedai dengan kos keseluruhan RM23 juta.

Sehubungan itu katanya, perjanjian pemulihan itu membolehkan baki 240 unit kediaman melibatkan 120 unit rumah kos rendah bernilai RM30,000 setiap satu dan 120 unit pangsapuri kos sederhana bernilai RM68,000 sebuah disiapkan dalam tempoh tersebut.

Ahmad Farid berkata, lembaga pengarah JKPSB telah melantik kontraktor turnkey, Lembaman Development Sdn. Bhd. untuk memulihkan projek berkenaan manakala JKPSB bertindak sebagai pengurus projek.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.