Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

SPNB ambil alih projek terbengkalai
Kosmo 06/12/2004

SHAH ALAM - Berita baik untuk pembeli rumah di Bandar Pinggiran Subang dekat sini. Ini kerana projek perumahan kos sederhana itu terbengkalai sejak tiga tahun lepas akan dipulihkan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Setinggan dan Pengurusan Bangunan Selangor, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan berkata, Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk memperuntukkan RM12 juta untuk menyiapkan kira-kira 600 unit rumah atau 20 peratus baki rumah yang gagal disiapkan oleh pemaju asal.

Katanya, projek itu perlu disegerakan kerana kebanyakan pembeli rumah telah membuat pembayaran untuk membeli rumah yang berharga antara RM80,000 dan RM90,000 seunit. "Projek perumahan ini sudah terbengkalai kira-kira tiga tahun lepas kerana pada mulanya dijangkakan siap pada tahun 2001. Jadi ia perlu disiapkan seberapa segera," katanya.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.