This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Seorang mati, dua parah lantai dalam pembinaan runtuh
Berita Harian 15/12/2004

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga Indonesia mati manakala dua rakannya cedera parah apabila lantai tingkat empat bangunan apartmen dalam pembinaan runtuh di Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini, malam tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika mereka bertiga sedang menurap simen di lantai tingkat berkenaan.

Seorang saksi berkata, lantai tempat mangsa bersama dua lagi rakannya bekerja tiba-tiba runtuh menyebabkan mereka terjatuh ke lantai tingkat tiga.

Bagaimanapun, lima pekerja lain yang berada berhampiran tempat kejadian terselamat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa yang berusia 23 tahun dan dikenali sebagai Ali mati di tempat kejadian apabila tengkuknya patah selain kecederaan di kepala.

Dua rakannya cedera parah di kepala dan badan.

Tiga jentera bomba bersama 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah tiba di tempat kejadian pada jam 8.35 malam selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), manakala mayat mangsa dihantar ke rumah mayat hospital berkenaan untuk bedah siasat.SSS

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.