This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek Serdang Perdana disambung semula dalam empat bulan lagi
Kosmo 13/12/2004

 
KUALA LUMPUR - Temasya Jaya Sendirian Berhad, pemaju yang mengambil alih projek perumahan terbengkalai Serdang Perdana Seksyen 5, dekat sini memerlukan empat hingga lima bulan sebelum kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan.


Tempoh itu perlu untuk memastikan struktur dalaman bangunan tidak mengalami keretakan selepas terbengkalai sejak 2001.


Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, apa yang diharapkan jalah pembeli dapat menduduki rumah itu secepat mungkin.


Beliau mahu kepentingan pembeli sentiasa diutamakan kerana mereka telah lama membayar pinjaman bank bagi rumah yang belum siap.


"Saya akan pastikan projek ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya kepada pemberita semasa melawat kerja-kerja pemulihan projek perumahan itu kelmarin.


Ia melibatkan 1,708 unit kedai, pangsapuri kos sederhana, pangsapuri kedai, pangsapuri servis dan rumah kos rendah dengan 1,575 unit telah dijual.


Sebanyak 143 unit projek kedai dan 857 unit pangsapuri kedai pula dijangka siap pada September 2005 manakala 192 unit pangsapuri kos sederhana dan 320 unit pangsapuri servis pula siap pada Mac 2006 dan 196 unit rumah rumah kos rendah pada 2007.


Pian Hon berkata, masih terdapat masalah-masalah teknikal yang perlu diatasi dahulu dengan kerjasama jabatan kerajaan demi memastikan kelancaran projek itu seperti bekalan air dan jalan raya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.