Pembeli rumah kesal pemaju jual
RKR RM54,000
Harian Metro 28/12/2004
USAHA kerajaan mewajibkan pemaju membina rumah kos rendah (RKR) untuk
golongan miskin amat dialu-alukan. Kerajaan juga menetapkan RKR pada harga
RM35,000.Tetapi pemaju sewenang-wenangnya
menaikkan harga rumah kos rendah itu sehingga RM54,000. Alasan pemaju
rumah itu sudah diubah suai. Nampaknya pemaju cuba mengaburi pembeli.
Mereka tetap membina RKR, tetapi mengubah suai sehingga menjadikan harga
melambung tinggi.
Adakah dengan harga RM54,000, ia mampu untuk dimiliki
oleh golongan berpendapatan rendah. Rumah itu pula saiznya kecil. Kalau
kita fikir-fikir harga memasang 'tile' RKR tidak mencecah RM5,000.
Saya harap kerajaan melalui agensinya mengambil tindakan
ke atas perkara ini. Golongan berpendapatan rendah tetap mahukan rumah
yang harganya sekitar RM35,000 bukan yang lebih RM50,000.
Pemaju nampaknya pandai bermain dengan undang-undang
apabila membina rumah kategori kos rendah, bersaiz yang sama tetapi diubah
suai sehingga menjadi harga tidak masuk akal.
Kami tidak perlukan rumah yang berjubin hingga ke siling,
kami bersyukur setakat ada dinding, atap dan lantai atau dalam kata mudah,
rumah yang sempurna asasnya.
HAJI ZAM,
Ipoh, Perak |