Pembeli musykil harga pangsapuri
Berita Harian 24/12/2004
PADA Oktober lalu, isteri saya membeli sebuah unit di tingkat 7,
pangsapuri di Kota Damansara dimajukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS).
Dengan keluasannya mencapai 800 kaki persegi, sudah
cukup untuk saya dan keluarga menetap, tetapi yang menjadi persoalan ialah
cara penetapan harga mengikut aras yang menimbulkan kemusykilan.
Harga jualan terendah RM96,000 bermula dari aras 3 dan
RM106,000 untuk aras paling bawah dan paling atas sedang unit aras tengah
paling murah.
Semua pembeli yang menggunakan lif pula dikenakan
bayaran tambahan RM49.72 dimasukkan ke dalam bil elektrik.
Biasanya, aras paling atas akan dijual dengan harga
paling tinggi, kecuali unit pangsapuri semakin mengecil keluasannya untuk
aras atas.
Apabila saya bertanyakan hal ini pada pegawai PKNS
jawapannya adalah "kami hendak menguji permintaan dan pasaran".
Setahu saya PKNS sudah lama bergiat dalam bidang
hartanah tetapi mengapa baru sekarang hendak `menguji pasaran" atau
mungkin maksud tersiratnya adalah "anda beli jika anda suka dan mampu."
Berhubung yuran penyelenggaraan pula, RM85 dicampur RM8
untuk baik pulih bangunan ditambah lagi caj penggunaan lif. Apa yang
menimbulkan persoalan adalah cara penetapan harga.
PEMBELI TAJINIA APARTMEN,
Sungai Way. |