This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kerajaan diminta campur tangan
Berita Harian 30/12/2004

KLANG: Lapan pembeli rumah di Alam Perdana, Bukit Cerakah, Jeram meminta Kerajaan Selangor campur tangan mengatasi kelewatan pemaju menyiapkan rumah mereka.

Wakil pembeli, Saharom Abdul Aziz, 38, berkata pemaju menjanjikan rumah itu siap akhir 2002 tetapi sehingga sekarang projek itu terbengkalai.

"Kami menandatangani perjanjian pembelian dengan pemaju pada 18 Januari 2002. "Mereka berjanji projek itu siap pada akhir tahun berkenaan. Malangnya, hingga sekarang kami bukan saja belum mendapat kunci malah rumah itu masih terbengkalai.

"Kami kecewa dan berasa tertipu kerana pada masa menandatangani perjanjian itu bangunan rumah projek itu 60 peratus siap. Kami amat yakin ketika itu rumah dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan," katanya disini, semalam.

Saharom berkata, mereka pernah bertanyakan perkara itu kepada pemaju tetapi diberi jaminan masalah itu akan diatasi segera.

"Namun kami tidak nampak usaha pemaju untuk menyiapkan rumah itu. "Walaupun siap berpagar, kerja akhir terhadap rumah masih tidak dilakukan dan apabila saya menghubungi pemaju mereka berdolak dalik, malah tiada kata pemutus bila projek itu siap," katanya sambil menambah pembeli membayar RM1,000 sebulan untuk rumah berharga RM138,000 itu sejak Mei 2002.

Sementara itu, seorang kerani di pejabat pemaju berkenaan yang hanya memperkenalkan diri sebagai Zie, berkata, pengurus jualan dan pentadbiran syarikat yang dikenali sebagai Chew Kok Lian tiada di pejabat dan sentiasa menghadiri mesyuarat serta bercuti.

Sentral difahamkan itu adalah amalan dan alasan yang sering diberikan syarikat berkenaan bagi mengelak diburu pembeli.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.