This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

DBKL minta penyewa kosongkan rumah satu bilik
Berita Harian 7/12/2004


KUALA LUMPUR: Penyewa di perumahan awam satu bilik milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta bekerjasama mengosongkan kediaman masing-masing untuk memudahkan kerja pengubahsuaian rumah pangsa berkenaan dilakukan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata penghuni terbabit akan dipindahkan ke tempat baru iaitu rumah projek perumahan rakyat (PPR), sementara menunggu pengubahsuaian itu siap
dijalankan.

"Masalah ini tidak akan timbul sekiranya unit bersebelahan tiada penghuni atau tidak disewa, jadi kita boleh terus melakukan kerja menaik taraf perumahan ini.

"Tetapi ia menimbulkan sedikit masalah sekiranya kedua-dua unit bersebelahan ini mempunyai penyewa dan mereka perlu bersedia untuk dipindahkan ke tempat lain bagi memudahkan kita menaik taraf perumahan awam ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Aidilfitri Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Zulhasnan Rafique; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Zulkarnain Awang; Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan; Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dan Veteran Umno yang juga bekas Ahli Parlimen Gombak, Tan Sri Zaleha Ismail.

Sabtu lalu, Isa berkata, DBKL bercadang mengubah suai rumah pangsa awam yang mempunyai satu bilik untuk disatukan dengan unit rumah pangsa bersebelahan sebagai tambahan ruang kediaman itu demi keselesaan penduduk terbabit
.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.