Penduduk resah, rumah retak (Taman perumahan dibina atas tanah
bekas lombong)
Kosmo 3/11/2004
KUALA LUMPUR - Bagi penduduk di Taman Indah Perdana, Kepong, hidup
mereka sejak sedekad lalu memang meresahkan.
Manakan tidak, mereka tidak menyedari terbeli rumah di kawasan bekas
lombong. Akibatnya sedikit demi sedikit rumah mulai retak dan
memakan belanja besar untuk kerja membalik pulih.
Seorang penduduk, Chin Theam Fatt, 43, berkata, beliau terpaksa
membaiki pagar dan pintu rumah sekurang-kurangnya dua kali setahun
kerana lantainya mendap. Sejak menginap di situ 10 tahun lalu, dia
mendakwa telah menghabiskan kira-kira RMl00,000 bagi membaik pulih
rumahnya sebanyak empat kali.
Menurut Theam Fatt, usaha mereka mengadu masalah menerusi pelbagai
saluran ibarat mencurah air ke daun keladi.
Keluhan penduduk itu sekali lagi menarik perhatian Ahli Parlimen
Kepong, Dr. Tan Seng Giaw semalam. Beliau pernah mengetengahkan isu
yang sama di situ sembilan tahun lalu.Tinjauan KOSMO! di beberapa rumah taman itu mendapati rekahan
berlaku bukan sahaja di dinding dalam rumah tetapi juga di luar,
lantai serta tiang pagar.
Ia dipercayai membabitkan kira-kira 50 unit rumah
teres dua tingkat di kawasan berkenaan.
Penduduk juga berhadapan dengan masalah untuk
menjual rumah dan berpindah ke tempat lain memandangkan tidak ada
sesiapa yang mahu membeli rumah yang bermasalah serta membahayakan
penghuninya.
"Penduduk berharap pihak betkuasa atau pemaju
dapat berbuat sesuatu. Sekurang-kurangnya mereka mendapat keadilan
dari segi pampasan kerana kerugian yang kami tanggung," kata Seng
Giaw.
Beliau juga akan mendapatkan penjelasan daripada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Jumaat ini.
"Saya inginkan keadilan Untuk penduduk. Mereka
memerlukan penjelasan dan bukannya alasan daripada pihak berkuasa,"
jelasnya. |