Penduduk buat bantahan (Harga rumah naik dari
RM25,000 kepada RM42,000)
Kosmo 4/11/2004
SHAH ALAM - Sebanyak 45
keluarga dari Kampung Saujana di sini semalam mengadakan demostrasi
secara aman di hadapan pintu masuk bangunan Setiusaha Kerajaan
Negeri (SUK) mengenai masalah rumah program penempatan semula.
Mereka mendakwa tawaran rumah
pangsa kos rendah bagi program itu diubah dari harga asal seunit
RM25,000 kepada RM42,000 dan kini ia hanya terdapat di tingkat lima
rumah pangsa itu. Tambah menyakitkan hati penduduk, projek rumah
pangsa di Bukit Saujana itu belum dilaksanakan lagi sejak 1994.
Program penempatan semula penduduk
dan projek rumah pangsa itu membabitkan Majlis Perbandaran Shah Alam
(MBSA) dan pemaju, Cekap Mesra Sdn. Bhd. Penduduk juga menyerahkan
memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.
Mohamad Khir Toyo yang diterima oleh pegawai khasnya, Selamat Dollah. |