This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju beri alasan tidak mampu
utusan.com.my 18/11/2004

Saudara Pengarang,

SAYA adalah salah seorang pembeli rumah Fasa 1 di Taman Kempadang Makmur, Kuantan yang berasa ditindas oleh pemaju perumahan kerana pemaju gagal membayar ganti rugi 10 peratus dari harga rumah kelewatan menyerahkan rumah seperti disebut dalam perjanjian jual beli.

Kelewatan menyerahkan rumah oleh pemaju kepada kami adalah di antara 6 bulan hingga 2 1/2 tahun.

Setiap pembeli telah dipanggil oleh pemaju secara berseorangan ke pejabat pada waktu yang ditetapkan dan memaksa pembeli menandatangani surat akuan setuju menerima sedikit saguhati kerana pemaju tidak berkemampuan dengan macam-macam alasan supaya diterima oleh pembeli.

Pemaju tersebut tidak memberi peluang masa untuk kami berfikir sama ada bersetuju atau tidak.

Tetapi saya dapati pemaju masih meneruskan projek fasa 2 yang telah habis ditempah oleh pembeli. Kami tidak mahu menjadi mangsa penipuan dan pujuk rayu pemaju tersebut.

Saya bersama-sama pembeli yang lain yang telah menduduki rumah tersebut memohon kerjasama pihak-pihak berkenaan supaya dapat membantu kami mendapat kembali ganti rugi yang sepatutnya.

 ABANG DAMAK TKM, Kuantan, Pahang
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.